STATUS BANGSA MELAYU; BANGSA MINORITI DALAM KASTA PEMERINTAHAN SINGAPURA

STATUS BANGSA MELAYU; BANGSA MINORITI DALAM KASTA PEMERINTAHAN SINGAPURA

“Say, are those who know and those who do not know equal?”

(Al-Quran, 39:9)

Pembidasan oleh Menteri Pembimbing (MM) Lee Kuan Yew terhadap satu ucapan oleh Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Viswa Sadasivan pada 20 Ogos 2009 lalu, telah memberi kesan yang mendalam bukan sahaja pada mereka yang hadir ketika sidang Parlimen kelmarin, malah telah di tayangkan dikaca televisyen dan didengari oleh masyarakat umum. Ucapannya telah mempertahankan hak dan menjaga kepentingan masyarakat Melayu dan kaum minoriti di Singapura, dan juga penyataannya bahawa orang Melayu Singapura merupakan kaum pribumi yang sah. Atas dasar ini, telah menjadi tugas pemerintah untuk menjaga, membimbing dan mempertahankan hak bangsa Melayu dari segi politik, pendidikan, agama, ekonomi, sosial, budaya dan juga bahasa Melayu itu sendiri.

“The Government shall exercise its functions in such manner as to recognise the special position of the Malays who are the indigenous people of Singapore and, accordingly, it should be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster, promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.”

(Lee Kuan Yew, The Straits Times, 20 Ogos 2009)

“…spells out the duty of the Government to treat Malays and other minorities with extra care.”

(Lee Kuan Yew, The Straits Times, 20 Ogos 2009)

 

 

Penyataannya itu telah disokong dengan rujukan pada Akta Perlambagaan Singapura yang dikhususkan kepada hak masyarakat Melayu dan kaum minoriti, Menurut Artikel 152, Akta Perlambagaan Singapura: Kaum minority dan hak istimewa masyarakat Melayu; telah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk sentiasa menjaga hak dan kepentingan bangsa dan agama kaum minority di Singapura.

 

“The Constitution of Singapore enjoins us to specially look after the position of the Malays and other minorities. Article 152 says: ‘Minorities and Special Position of Malays. It shall be the responsibility of the Government constantly to care for the interests of the racial and religious minorities in Singapore.”

Menteri Pembimbing (MM) Lee Kuan Yew juga telah menyatakan, “…Malays have progressed and more have joined the middle class with university degrees and professional qualifications” (The Straits Times, 20 Ogos 2009); yang memberi maksud bahawa status masyarakat Melayu kian baik. Semakin ramai orang Melayu yang berpendidikan dan berjawatan tinggi dan secara tidak langsung telah masuk dalam golongan kelas pertengahan.

Tetapi, ini juga membuktikan bahawa masyarakat Melayu boleh dikatakan lambat untuk memperbaiki taraf mereka kerana jika dilihat pada jadual statistik (Table 17) bagi graduan universiti, dari lelaman maya Jabatan Statistik Singapura (Singapore Department of Statistics), dapat kita lihat bahawa jumlah masyarakat Melayu dalam bidang-bidang pelajaran tertentu tidak melewati bangsa Cina, India dan bangsa lain. Bukti pada jadual statistik (Table 2) menunjukkan bahawa peningkatan bagi pelajar Melayu yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti antara tahun 2000 dengan 2005, hanya dapat dilihat kenaikan sebanyak 1.4%. Sedangkan, jika di rujuk pada peningkatan dalam angka kenaikan bangsa-bangsa lain, terdapat kenaikan yang banyak.

Atas dasar rujukan di atas inilah, terlahir satu tanda tanya bahawa benarkah status masyarakat Melayu Singapura kian baik dalam keadaan pemerintahan Singapura yang kian menampakan kemasukan sistem berkasta. Pernyataan ini diperkatakan kerana hanya baru-baru ini, kita sering terdengar ucapan-ucapan, wawancara, berita dan sebagainya yang kerap menekankan penggunaan perkataan status, “low income class”, “middle income class”, majoriti, minoriti dan sebagainya. Ini diperkatakan kerana terdapat banyak hujahan yang menggunakan perkataan sebegini yang kian membimbangkan dan menunjuk bahawa pemerintahan Singapura semakin bergerak ke arah sistem berkasta.

“Our Malays in Singapore were apprehensive that now that we (Chinese) were the majority, we (Chinese) would in turn treat them the way a Malay majority (in Malaysia) treated us.”

 

“As Malays have progressed and more have joined the middle class…”

 

“In August 1965, my worry was, what would the Malays in Singapore do, now that they knew they were a minority?”

(Lee Kuan Yew, The Straits Times, 20 Ogos 2009)

“For example, middle class Malays were asked by their self-help group, Mendaki, to not exercise their special rights to free university education, so that the money could be used to help more disadvantaged Malays.”

(

 

Lee Hui Chieh; my paper, 20 Ogos 2009)Perkataan kasta seringkali dihubungkait dengan sistem pemerintahan penganut agama Hindu, di mana manusia atau masyarakat diklasifikasikan mengikut status dan darjat mereka dalam masyarakat dan agama. Tetapi, salah juga jika dikatakan bahawa sistem ini hanya terdapat di India. Malah menurut lelaman maya wikipedia.com, cara pemerintahan sebegini boleh didapati di mana-mana sahaja seperti di Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Bali, China, Jepun, Korea, Hawaii, Amerika Selatan, Afrika, dan beberapa kawasan negara-negara Arab seperti Yaman dan Algeria. Datangnya revolusi Amerika dan British yang merubah konsep kasta kepada yang kini sering kita dengari sebagai kelas. Tetapi pengertiannya tetap sama dan diberi pecahan seperti kelas bawahan (low class), kelas tengahan (middle class) dan kelas atasan (upper class). Di sini, perkataan kasta dapat diberi mengertian seperti berikut:

“Any of the hereditary, endogamous social classes or subclasses of traditional Hindu society, stratified according to Hindu ritual purity, especially the Brahman, Kshatriya, Vaisya, and Sudra castes.”

“A social class separated from others by distinctions of hereditary rank, profession, or wealth.”

“A social system or the principle of grading society based on castes.”

“The social position or status conferred by a system based on castes: lose caste by doing work beneath one’s station.”

“A specialized level in a colony of social insects, such as ants, in which the members, such as workers or soldiers, carry out a specific function.”

(Lelaman Maya; Answer.com)

“…golongan yang berdasarkan tingkatan kedudukan dalam masyarakat Hindu (yang terdiri daripada empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya dan Sudra); lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dalam masyarakat).”

(Kamus Dewan: Edisi Keempat; 2005)

“A caste is one of the social classes in which people in the a Hindu society are divided”

(Cobuild Student’s Dictionary and Grammar, 1994)

“Caste systems are any ranked, hereditary, endogamous occupational groups that constitute traditional societies in certain regions of the world, particularly among Hindus in India. There, caste is rooted in antiquity and specifies the rules and restrictions governing social intercourse and activity for each group based on their occupation and social status. The different castes practiced mutual exclusion in many social activities, including eating, as well as marriage. In addition to the major castes, there also existed another group, the “outcastes,” who were relegated to the worst occupations if any employment at all. Ranked below the castes, they were treated as sub-human—“unseeable” and “untouchable.”

 

(Lelaman Maya: New World Encyclopedia)

 

Lantas, dengan terdapatnya kata-kata akhir Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew yang telah ditujukan kepada Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Viswa Sadasivan bagi penutup pembidasannya, yang menyatakan bahawa Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Viswa Sadasivan pernah bertugas untuk Sinda selama sepuluh tahun dan belau harus tahu bahawa bangsa India tidak pernah adil. Kaum Brahmin tidak akan ada di dalam Sinda dan mereka yang menggerakkan Sinda adalah mereka yang bukan kaum Brahmin. Bak satu tamparan kepada beliau (Encik Viswa) bahawa ucapan beliau telah menyeleweng ke arah sistem yang dianggap tidak idealistik dan amat berbahaya bagi kebaikan Singapura dan masyarakatnya.

“NMP Viswa used to work in Sinda. I’m told for 10 years. He will know Indians are not equal. Brahmins will not be in Sinda. It is the non-Brahmins who are in Sinda. So I think it is dangerous to allow such highfalutin ideas to go undemolished and mislead Singapore.”

(Lee Kuan Yew, The Straits Times, 20 Ogos 2009)

 

 

Tetapi, tidakkah penyataan Menteri Pembimbing bercanggah dengan cara sistem pemerintahan dan pentadbiran yang ada dalam pengendalian negara yang berbilang kaum ini. Sistem yang kerap merujuk kepada status dan peringkat kelas atau darjat sesuatu kaum itu. Tidakkah ini juga meunjukkan bahawa masyarakat Melayu merupakan masyarakat di kelas yang terbawah sekali kerana penyataan ini berpandukan hujah-hujah pemerintah yang kerap menggesa masyarakat Melayu untuk maju, yang sering mengatakan bahawa status Melayu kian baik.

Jadi seberapa benarkah penyataan-penyataan yang di sampaikan oleh Menteri Pembimbing yang merujuk kepada kemajuan masyarakat Melayu dalam pembahasannya. Atau, terdapat faktor lain yang merupakan sebab mengapa beliau membidas penyataan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Viswa Sadasivan mengenai pengertian sebenar Ikrar Negara. Dalam pengamatan hujah-hujah Encik Viswa, terdapat satu poin lagi yang mungkin telah menjadi punca mengapa Menteri Pembimbing kita bangun dan mengambil tempat untuk membidas. Penyataan itu berhubung dengan:

“Examples are the issue of Malay-Muslims in the SAF, SAP schools and cultural elitism, the need for ethnic-based self-help groups, the need for us to maintain the current racial distribution in society, and whether Singapore is ready for an ethnic minority Prime Minister.”

 

(Viswa Sadasivan, 20 Ogos 2009)

 

 

Pada ayat terakhirnya Encik Viswa berbunyi sebegini; adakah Singapura bersedia untuk mengambil seorang Perdana Menteri dari kaum minoriti Singapura? Atas dasar inilah, mungkin yang telah menyebabkan Encik Lee untuk bangun dan pertahankan ‘haknya’ demi masa depan Singapura. 

Kalau kita imbas kembali pada satu ucapan atau temuramah Menteri Pembimbing sekitar awal tahun ini, setelah pemilihan raya presiden Amerika, Encik Lee menegaskan bahawa orang Melayu belum bersedia atau tidak mungkin memegang jawatan sebagai Presiden Singapura. Kini, dengan terdapatnya hujah yang hampir mirip hujahan ketika selepas kedudukan Barrack Obama sebagai Presiden pertama Amerika yang berkulit hitam, Encik Lee secara tidak langsung menggambarkan bahawa bahawa kaum minoriti (iaitu masyarakat Melayu) di Singapura, belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Singapura. Encik Lee menggunakan sebab-sebab tertentu yang sebenarnya menyokong apa yang diperkatakan di atas ini, seperti:

My colleague (Nominated MP Viswa Sadasivan) says we are trying to put square pegs into round holes. Will we ever make the pegs the same? No. You suggest to the Malays that we abolish the (Article 152) provisions in the Constitution, you will have grave disquiet. We start on the basis that this is reality: We will not be able to get a Chinese minister or an Indian minister to persuade Malay parents to look after their daughters more carefully and not have teenage pregnancies which lead to failed marriages. Can a Chinese MP or an Indian MP do that? The Malays will say to him: ‘You’re interfering in my private life.’ But we (the Government) have funded Mendaki and Muis (Islamic Religious Council of Singapore), and they have a committee to try and reduce the numbers of such delinquents.

 

(Lee Kuan Yew, The Straits Times, 20 Ogos 2009)

 

Jika kita menganalisis perkataan-perkataan yang digelapkan di atas, ia menunjukan alasan-alasan yang sebenar di mana kaum minoriti seperti bangsa Melayu tidak mungkin akan dapat mentadbir negara ini dengan baik. Memandangkan kaum majoritinya ialah bangsa Cina dan India. Ada juga terdapat penyataan-penyataan yang mempunyai maksud yang terselindung, di mana ia mengatakan makna disebalik perkataan tersebut. Ayatnya seperti berikut: “…a Chinese minister or an Indian minister to persuade Malay parents to look after their daughters more carefully..” dan “Can a Chinese MP or an Indian MP do that? The Malays will say to him: ‘You’re interfering in my private life.”, yang memberi maksud bahawa orang Melayu tidak mungkin akan dapat mengarah dan menjaga kaum majoriti seperti Cina dan India dengan efektif. Hujahnya juga mengatakan bahawa orang Melayu merupakan kaum delinkuen yang dapat dilihat ayat terakhir pada tukilan di atas.

Caranya sememangnya nampak halus dan tidak menyakitkan. Malah, penyataannya yang mengatakan bahawa hak masyarakat Melayu perlu dijaga berlandaskan kaum Melayu adalah kaum pribumi yang sah, hanya melemahkan dan melewakan lagi semangat masyarakat Melayu yang sememangnya dianggap sebagai tiada hak lagi terhadap bumi berdaulatnya sendiri. Sekiranya benar kata-katanya bahawa Bahasa Melayu harus dimartabatkan dan dijaga, mengapa diadakan kempen berbahasa Mandarin oleh pihak pemerintah. Manakah keadilannya dalam mempertahankan Bahasa Melayu dan Tamil? Sekiranya juga benar dikatakan rakyat Melayu Singapura mempunyai hak, mengapa masyarakat Melayu tidak berhak untuk mendapat hak yang sepatutnya diberikan untuk melanjutan pembelajaran ke Universiti, sedangkan ramai masyarakat Melayu tidak berkemampuan untuk membayar yurannya Universiti yang tinggi.

 

“we have asked Mendaki to ask them to agree not to have their special rights of free education at university…”

Apakah dengan cara ini Melayu dapat membangun setaraf dengan bangsa lain di Singapura, seperti mana yang dikatakan dalam penyataan berikutnya.

“Instead, the way to achieve equality is to ensure that Malays progress in tandem with the others, so that they do not need to exercise their special rights, he said.”

(

 

 

Akhir kata, setelah meneliti hujah-hujahan, ucapan-ucapan dan juga menonton rakaman ucapan Encik Viswa dan pembidasan Encik Lee Kuan Yew, dapat saya katakan bahawa hak masyarakat Melayu, walaupun ditekankan dalam Akta Perlembagaan Singapura, secara tidak langsung di ‘ragut’ balik daripada orang Melayu atas dasar-dasar yang dinampakkan sebagai masuk akal dan bernas. Dapat juga kita lihat bahawa sistem pemerintahan dan pentadbiran Singapura kian berasaskan suatu sistem berkasta dan masyarakat Melayulah yang akan senantiasa berada di kelas yang terbawah sekali, walaupun sering digesa agar masyarakat Melayu bangun dari tidur mereka. Pembangunan orang Melayu diperlembabkan lagi setelah hak-hak orang Melayu di hadkan, dan dengan adanya badan-badan seperti Mendaki dan sebagainya, sokongan yang masyarakat Melayu perlu, selalunya tidak diendahkan dengan alasan ini semua demi pembangunan yang sihat dan orang Melayu harus berusaha. Tetapi bagaimana harus orang Melayu itu berusaha sekiranya peluang untuk memiliki jawatan yang baik dan berpendapatan yang tinggi itu sentiasa dipertikaikan. Kadang-kadang kenyataan itu sendiri amat menyakitkan dan cara terbaik agar tidak terasa kepedihan ialah dengan berselindung disebalik segala yang dusta.

I don’t need anyone to
take advantage of my
weaknesses or my strengths,
I need someone
who will appreciate me
for everything that I am.

Professor Snape

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan:

 

 

http://www.youtube.com/watch?v=6f2Kgj1nhSQ&feature=channel_page [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.youtube.com/watch?v=VOis6p-jAGA&feature=channel [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.youtube.com/watch?v=mmBjCiiIoA4&feature=channel [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.youtube.com/watch?v=ClLDcSKTDck&feature=channel [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.youtube.com/watch?v=e-Gpbm3WQGY&feature=channel [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.youtube.com/watch?v=IUl9COwM2SM&feature=channel [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.youtube.com/watch?v=50vlR55yYls&feature=related [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.pmo.gov.sg/News/Transcripts/Minister+Mentor/MM+rebuts+NMP+s+notion+of+race+equality.htm [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

 

http://www.news.asiaone.com/News/The%2BNew%2BPaper/Story/A1Story20090821-162504.html [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.asiaone.com/News/the%2BStraits%2BTimes/Story/A1Story20090820-162121.html [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.news.asiaone.com/print/News/the%2BStraits%2BTimes/Story/A1Story20090820-162122.html [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Singapore/Story/A1Story20090820-162161.html [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.asiaone.com/News/the%2BStraits%2BTimes/Story/-%2BIndexOrder%2B-%2B20082009.html [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Singapore/Story/A1Story20090816-161434.html [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.asiaone.com/News [Di layari Pada 25 Ogos 2009]

 

http://www.answers.com/topic/caste [Di layari Pada 29 Ogos 2009]

 

http://en.wikipedia.org/wiki/Caste_system [Di layari pada 29 Ogos 2009]

 

http://www.pap.org.sg/articleview.php?id=1086&cid=29 [Di layari pada 29 Ogos 2009]

 

http://www.singstat.gov.sg/pubn/popn/ghsr1/t17-19.pdf [Di layari pada 29 Ogos 2009]

 

http://www.singstat.gov.sg/pubn/popn/ghsr1/t11-14.pdf [Di layari pada 29 Ogos 2009]

 

http://www.singstat.gov.sg/pubn/popn/ghsr1/t54-61.pdf [Di layari pada 29 Ogos 2009]

___________ (1994) Collins Birmingham University International Language Database: Cobuild Student’s Dictionary And Grammar, London, Harper Collins Publisher.

___________ (2005) Kamus Dewan: Edisi Keempat; Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Perdana Menteri (17 Ogos 2009) Dalam Negeri: Teks Ucapan Penuh Oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong; Singapura, Berita Harian, Singapore Press Holdings

Lee Kuan Yew, Menteri Pembimbing (20 Ogos 2009) Dangerous to let highfalutin ideas go undemolished; Singapura, The Straits Times, Singapore Press Holdings

Lee Hui Chieh (20 Ogos 2009) Equality? It’s tempered by reality; Singapura, My Paper, Singapore Press Holdings

Lee Kuan Yew, Menteri Pembimbing (20 Ogos 2009) MM Lee: S’pura akan jatuh jika kita lupa titik mula; Singapura, Berita Harian, Singapore Press Holdings

Lee Hui Chieh, my paper, 20 Ogos 2009)(Lee Kuan Yew, The Straits Times, 20 Ogos 2009)

 

(Lee Kuan Yew, The Straits Times, 20 Ogos 2009)

 

About Sirna Kalam Maya
Seorang yang keliru dan kritis dalam menerjah alam nan tiada batasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: