Penyambutan Aidilfitri: Tradisi Yang Kian Pupus Pada Zaman Moden

 

Pengenalan

Hari Raya Aidilfitri salah satu perayaan yang terbesar bagi umat Islam, selain daripada Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Haji, di merata dunia lebih-lebih lagi di Singapura. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005; Hari bermaksud “masa dari matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa sekali bumi berpusing pada paksinya, 24 jam)” dan raya pula bererti “besar”. Hari Raya Aidilfitri merupakan salah-satu perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

“… bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).”

(Minda Jumaat: Masjid As-Salam, 28 Ramadhan 1430H; 18 September 2009)

 

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal iaitu bulan yang kesepuluh dalam tahun Hijrah (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).

“Hari Raya Puasa (Aidilfitri) hari yang dirayakan sesudah puasa (pada 1 Syawal)”

“Hari Raya Puasa hari untuk meraikan berakhirnya puasa”

Aidilfitri:

“Hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah (setelah berakhir puasa selama sebulan), Hari Raya Puasa.”

Lebaran:

“hari raya puasa (pada 1 syawal)”

 

(Kamus Dewan: Edisi Keempat; 2005)

 

 

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005 mendefinisikan rukyah seperti berikut:

1. Pelihatan, pandangan,

2. rukyatulhilal; melihat anakbulan untuk menentukan permulaan Ramadhan (Syawal dan Zulhijah)

 

 

Namun begitu, tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

“The Islamic calendar is a lunar calendar, meaning that its months are defined by the length of time it takes the moon to pass through its phases. It has 12 months of 29 or 30 days each, and the resulting year has either 354 or 355 days. The first year of the Islamic calendar is the year in which Muhammad fled to Medina, 622 AD. Because it is a lunar calendar with fewer days than the solar year, the months of the year do not correspond to seasons as they do in the Gregorian calendar. Instead, the Islamic months move backward through the solar year. Thus the holy month of Ramadan may occur in any season.”

(http://world-islam.blogspot.com , Di layari pada 30 September 2009)

 

 

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari (hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah.

 

“Idul Fitri setelah puasa Ramadhan, hari raya ini terselenggara sebagai pelengkap puasa Ramadhan yang merupakan rukun dan asas Islam keempat. Apabila kaum muslimin merampungkan puasa wajibnya, maka mereka berhak mendapatkan ampunan dari Allah dan terbebas dari api Neraka, sebab puasa Ramadhan mendatangkan ampunan atas dosa yang lain dan pada akhirnya terbebas dari Neraka.

Sebagian manusia dibebaskan dari Neraka padahal dengan berbagai dosanya ia semestinya masuk Neraka, maka Allah mensyari’atkan bagi mereka hari Raya setelah menyempurnakan puasanya, untuk bersyukur kepada Allah, berdzikir dan bertakbir atas petunjuk dan syari’at-Nya berupa shalat dan sedekah pada hari Raya tersebut.

Hari Raya ini merupakan hari pembagian hadiah, orang-orang yang berpuasa diberi ganjaran puasanya, dan setelah hari Raya tersebut mereka mendapatkan ampunan.”

(http://www.tris.co.nr ; Di layari pada 29 September 2009)

 

 

 

Amalan Biasa Hari Raya

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Singapura pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini.

“Pada saat hari Raya ‘Idul Fitri, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengenakan pakaian terbaiknya dan makan kurma -dengan bilangan ganjil tiga, lima atau tujuh- sebelum pergi melaksanakan shalat ‘Id.”

(Sutrisno, 2007)

“Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat pula akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak lewat sedikit berbanding Hari Raya Korban. Kita disunatkan untuk makan sedikit sebelum menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri. Selain itu kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri melalui jalan yang berlainan.”

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri , Di layari pada 30 September 2009)

 

 

Antara amalan lazim yang dilakukan oleh orang Islam di Nusantara ini sewaktu merayakan perayaan ini ialah amalan ziarah-menziarahi, memberi duit raya, malam Tujuh Likur, dan rumah terbuka.

“Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya”

(Riwayat Al-Bukhari)

“Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu, mereka yang muda akan memohon kemaafan daripada mereka yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka.”

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri , Di layari pada 30 September 2009)

 

 

 

Sejarah Aidilfitri

Huraian sejarah aidilfitri banyak dirujuk kepada lelaman maya, wikipedia.com dan geocities.com (Mohamed Yosri Mohamed Yong, 2003), dan juga risalah Minda Jumaat oleh Masjid As-Salam pada 28 Ramadhan 1430H bersamaan 18 September 2009, yang telah memberi keterangan seperti berikut:

Hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Nabi S.A.W memberitahu mereka, “Sesungguhnya Allah SWT telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha.” HR Abu Daud.

Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., “Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

 

 

Trend

Kamus Dewan Edisi Keempat telah mendefinisikan trend sebagai suatu arah aliran (gerakan dsb), perkembangan renteten kejadian (amalan dll) yang seolah-olah menuju ke suatu arah. Trend mengikut kamus Cobuild Student’s Dictionary And Grammar dikatakan sebagai “… is a change towards something different” yang memberi maksud suatu perubahan ke arah yang berlainan. Menurut kamus Oxford Fajar, trend bererti:

1. Kecenderungan atau arah am, aliran;

2. Memulakan gaya, amalan, fesyen dsb yang ditiru oleh orang lain;

3. Menunjukkan kecenderungan tertentu

 

 

Lantas, melihat keadaan Hari Raya tahun ini, ada terdapat pelbagai perubahan yang telah dan sedang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu Islam umumnya. Perubahan-perubahan yang dapat dilihat telah diklasifikasikan sebagai persiapan menjelang lebaran (persiapan dan hiasan rumah, masakan, kuih-muih) dan pemberian duit raya.

 

 

Persiapan Menjelang Lebaran

Sebaik sahaja umat Islam sedunia menyambut kehadiran bulan Ramadhan, masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi yang di Singapura, telah bersibuk untuk persiapan Hari Raya. Mereka mementingkan persiapan rumah seperti langsir, cadar, sarung kusyen dan lain-lain lagi, dan diri seperti membeli atau menempah berpasang-pasang busana Melayu tradisional ataupun kontemporari, barang hiasan sampingan, tukar duit baru di bank dan lain-lain lagi. Ini semua, secara umumnya dapat dilihat sebagai suatu perbuatan pembaziran dan tidak digalakkan dalam ajaran Islam. Dalam satu hadith, Rasulullah S.A.W melihat Sa’ad yang sedang berwudhu, lalu berkata:

“Mengapakah dengan pembaziran ini, wahai Sa’ad?”

Sa’ad bertanya: “Apakah di dalam soal berwudhu pun dikira pembaziran?”

Baginda S.A.W menjawab, “Ya, (membazir tetap membazir), walaupun kamu berada di sungai yang mengalir!”

(Riwayat Ibn Majah)

 

Seperti yang diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu’bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

 

Salah satu perkara yang dinyatakan dalam hadis ini ialah larangan Rasulullah agar umat Baginda menjauhi pembaziran.

Pembaziran ialah mengeluarkan wang atau menggunakan barang secara berlebih-lebihan.

Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra’, ayat 27).

Gambaran yang diberikan Allah terhadap orang yang melakukan pembaziran dalam ayat berkenaan amat keras kerana syaitan itu adalah makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.

Ayat al-Quran dan hadis di atas juga menyatakan bahawa pemborosan dan pembaziran adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan oleh orang yang mengaku diri mereka benar-benar beriman dengan Islam.

Dalam keghairahan umat Islam menyambut Ramadan dan kedatangan Syawal nanti, mereka tidak seharusnya lalai dan leka hingga melanggar etika berbelanja seperti ditetapkan oleh Islam, terutama boros dalam perbelanjaan. Jika berbuka jangan keterlaluan, biarlah bersederhana.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Melayu suka akan benda yang baru dan cantik, dan juga mereka suka akan keadaan yan baru dan kemas setiapkali menjelang lebaran. Adakalanya perbuatan untuk mendapatkan barangan yang baru dan yang cantik telah menyebabkan satu pemborosan yang teramat dan ini menjejas penggunaan wang dan harta yang seharusnya disalurkan kepada penggunaan pada masa-masa sesak kelak dan juga lebih afdal disalurkan kepada pembelajaran dan pendidikan baikpun anak-anak mereka atau diri mereka sendiri.

 

Menukar Barangan Baru

Antara barangan baru yang sering dibeli ialah langsir, sarung kusyen, perabot, hiasan kecil dan besar, permaidani, alat-alat elektronik seperti televisyen, lampu dan sebagainya. Ada dikalangan mereka yang berkemampuan lebih gemar menukar kenderaan yang akhirnya membebankan diri mereka.

Trend ini telah semakin berkembang dan kian ramai pengikut yang mempraktikan budaya pembaziran ini. Jika dinilaikan kadar kenderaan yang yang terdapat di jalanraya, kita akan dapati bahawa ada kenaikan yang banyak sekali setiap tahun. Fakta ini dapat kita rujuk pada jadual statistik 14.8 (Table 14.8) yang petik daripada lelaman maya Jabatan Statistik Singapura (Singapore Department of Statistics), di mana terdapat kenaikan dalam jumlah kenderaan di jalanraya sekarang ini, iaitu 894 682 buah kenderaan berbanding dengan 851 336 pada tahun 2007.

Dapat juga dilihat pada jadual 14.9 (Table 14.9) bahawa kereta mengikuti saisnya yang berbeza tampak kenaikan yang ketara daripada 514 685 pada tahun 2007 sehingga 550 455 pada tahun seterusnya. Perangkaan ini dijangkakan akan terus meningkat memandangkan rakyat Singapura semakin mampu dan kegawatan ekonomi tidak dilihat sebagai penghalang bagi mencegah mereka daripada terus membeli.

Perbuatan ini tidak sejajar dengan kehendak atau aluan agama itu sendiri. Memang benar kita dibenarkan untuk berhibur dan bersuka tetapi, sekiranya perbuatan itu telah melanggar hukum syarak agama, ia adalah suatu yang salah.

Juadah Lebaran Dalam Tin

Jika dipantau keadaan sejagat, semakin kurang generasi muda yang tahu masak atau tahu menyediakan juadah tradisional. Sekarang ini, hanya segelintir generasi muda yang tahu menganyam ketupat, membuat lepat, membuat kuih-muih lama dan baru, membuat kek, masak lauk-pauk tradisional seperti rendang, lodeh, sambal goreng dan lain-lain lagi yang merupakan masakan wajib menjelang lebaran.

Bimbangnya di sini ialah masakan seperti ini akan kian pupus dan mungkin tidak akan kelihatan disediakan oleh masyarakat Melayu lagi. Malah, mereka mungkin tidak akan tahu bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara menyediakan juadah-juadah Hari Raya.

Sedihnya ialah, semakin banyak resipi masakan Melayu, baik lama ataupun baru, yang telah di ‘Cina’kan atau di ‘Baba’ kan dan kaum-kaum mereka telah meletak suatu hak kepada masakan Melayu dengan mengatakan bahawa masakan ini sememangnya milik kaum-kaum tersebut. Sekiranya masyarakat Melayu tidak sedar akan pengevolusian ini, maka akan kepupusanlah masakan Melayu dari bumi ini sinonim juga dengan bahasa Melayu serta adat dan adabnya.

Resipi juadah Melayu yang di ‘kongsi’ dengan bangsa lain, seringkalinya dimanfaatkan sebagai satu unsur bisnes yang tidak pernah terfikir oleh orang Melayu sendiri, atau mungkin ada yang terfikir tetapi tidak berpeluang untuk melancarkan bisnes tersebut (atas sebab-sebab tertentu). Kini, sekiranya resipi-resipi masakan Melayu terlepas ke tangan bangsa lain, besar kemungkinan, kita akan mendapat juadah-juadah Melayu yang telah dibungkus baik dalam bentuk paket plastik ataupun tin, seperti yang terdapat sekarang ini dipasaran.

Adakah ini yang diinginkan oleh masyarakat Melayu kita?

Memanfaatkan Orang Tua Demi Bergaya

Kita dapat lihat trend atau sikap mereka yang sudah tidak endahkan lagi untuk menyediakan juadah lebaran sendiri ini semakin meningkat dengan kalangan besar mereka hanya membeli kuih-muih, baik di dalam mahupun diluar negara. Ada juga yang buat tempahan daripada mereka yang menjual sebagai satu sumber rezeki dan juga terdapat segelintir yang meminta orang tua mereka untuk menyediakan juadah lebaran dengan hanya diberi upah.

Kadangkala cara memanfaatkan orang lain telah mencacatkan kita daripada menjadi manusia yang lengkap dan sempurna yang mempunyai belas ihsan. Jika dilihat, wajarkah orang tua yang seharusnya berehat dan seharusnya juga menikmati masakan anak-anak mereka diperlakukan seperti ini? Memang apa yang sering dilakukan oleh orang-orang tua semuanya ikhlas kerana mereka sayangkan anak-anak mereka, tetapi pernahkah anak-anak memikirkan tentang kebajikan orang-orang tua ini?

Ini semua dilakukan kerana mereka ingin bergaya, tak mahu rumah mereka kotor ataupun mereka tidak tahu masak. Sememangnya ini bukan cara yang betul yang harus dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi masyarakat Islam sejagat kerana ia melanggar ajaran agama.

Wang Raya Pun Meningkat

Adakah peningkatan wang Hari Raya atau zakat yang diberikan kepada mengikuti kadar kemampuan masyarakat Melayu sekarang ini? Atau ia mengikuti kadar kenaikan harga barangan di pasaran?

Apa yang penting ialah, dapat dilihat bahawa duit zakat yang diberi kepada kanak-kanak semakin bertambah jumlahnya. Bagi pihak budak yang menerimanya memang dianggap sebagai habuan yang menguntungkan tetapi bagi pihak tuan rumah, agak keperitan memandangkan kegawatan ekonomi yang paling teruk yang dihadapi masyarakat sejagat. Apakah motif mereka yang sanggup menambahkan habuan ini daripada dua dolar pada tahun-tahun sebelum ini kepada empat dolar pada tahun ini dan mungkin tahun-tahun yang akan datang?

Adakah orang Melayu sememangnya mempunyai nafsu untuk menunjuk-nunjuk keberadaan mereka sehingga sanggup mengikat perut pada bulan-bulan yang akan datang?

Sememangnya terdapat banyak soalan yang menduga minda. Gaya kehidupan seperti ini telah menarik perhatian sesetengah masyarakat dan organisasi walaupun mereka tidak menyebarkan atau melaungkan keprihatinan mereka itu.

Duit Raya Sememangnya Dah Macam ‘Ang Pao’

Semakin ramai masyarakat Melayu memeluk budaya asing, semakin kelirulah mereka dan generasi muda mengenai pemberian duit Raya. Sering yang kita ketahui bahawa habuan ini diberi kepada kanak-kanak kecil dan mereka yang belum bekerja, ini tidak termasuk mereka yang diparas umur yang semangnya layak untuk bekerja (dalam lingkungan 21 tahun ke atas).

Habuan ini adalah sebagai ‘hadiah’ kepada kanak-kanak yang dapat berpuasa selama sebulan atau bagi mereka yang masih kecil, yang telah cuba untuk berpuasa walaupun setengah hari. Ianya bukan untuk diberikan kepada sesiapa sahaja.

Sayang sungguh bahawa masyarakat hari ini sudah tidak mengenali sebab sebenar dalam pemberian duit raya. Kini, terdapat penambahan dalam trend pemberian duit raya iaitu mereka yang sudah berumahtangga wajib memberi duit raya kepada mereka yang masih membujang. Walaupun malu hendak diterima kenyataan ini, telah terdapat segelintir masyarakat yang telah mempraktikkan budaya ini. Budaya ini juga dijangkakan akan berkembang dan meleluasa dikalangan masyarakat Melayu.

Jika dipantau trend ini, ia adalah adaptasi daripada adat kaum Cina dalam perayaan Tahun Baru Cina. Adat mereka mengatakan bahawa orang bujang wajib menerima ‘Ang Pao’ atau sampul merah sebagai tanda agar mereka bertuah. Kini, masyarakat Cina telah menambahkan wang dalam sampul itu sebagai hadiah kepada mereka agar rezeki mereka melimpah. Walaupun orang bujang itu sudah bekerja dan mendapat gaji beribu-ribu sebulan, mereka tetap wajib untuk menerima ‘Ang Pao’ dan mereka dikecualikan daripada memberi ‘Ang Pao’.

 

Huraian

Perubahan ini memperlihatkan keadaan Aidilfitri pada masa depan (jangkaan sepuluh tahun ke atas), di mana masyarakat Melayu Islam moden akan ketandusan seni menyiapkan juadah lebaran tradisional. Mungkin masakan tradisional boleh didapati di pasaran dalam bentuk siap dipaketkan atau dalam tin.

Selain itu, penyerapan budaya atau adat Cina dalam perayaan seperti ini dan yang paling ketara sekali ialah konsep pemberian dan penerimaan duit raya dalam kalangan masyarakat Melayu Islam Singapura masa kini akan kian berubah lebih-lebih lagi dalam pengertiannya yang sebenar. Masyarakat Melayu Islam akan kurang memahami apa yang diajar dalam agama Islam dan mereka tidak akan dapat membezakan antara yang betul dan yang salah. Semuanya dilonggokkan sebagai satu kerana konsep sedap mata memandang.

 

 

 

Rujukan:

Hornby, A.S. (2000) Oxford Fajar Advance Learner’s English-Malay Dictionary: A.S Hornby; Penterjemah Dan Editor Asmah Hj. Omar, Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

___________ (1994) Collins Birmingham University International Language Database: Cobuild Student’s Dictionary And Grammar, London, Harper Collins Publisher.

___________ (2005) Kamus Dewan: Edisi Keempat; Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

___________ (2009) Minda Jumaat: Wadah Insan Soleh & Berilmu; Sambut Aidilfitri Cara Islam Bukan Jahiliah, 28 Ramadhan 1430H, Masjid As-Salam, Singapura

Sutrisno (2007) Risalah Ramadhan; Tuntutan Ibadah Di Bulan Ramadhan, Bandung, Indonesia

 

http://assalambs.blogspot.com [Di layari pada 29 September 2009]

 

http://imamsutrisno.blogspot.com [Di layari pada 29 September 2009]

 

http://www.tris.co.nr [Di layari pada 29 September 2009]

 

http://world-islam.blogspot.com/2008/04/calender-julian-and-islamic.html [Di layari pada 30 September 2009]

 

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri [Di layari pada 30 September 2009]

 

http://www.geocities.com/budayadunia/PerayaanAidilFitri.htm [Di layari pada 30 September 2009]

 

http://www.jais.net.my/ramadhan/Art/artikel07.php [Di layari pada 1 Oktober 2009]

 

http://www.singstat.gov.sg/pubn/reference/yos09/statsT-transport.pdf [Di layari pada 3 Oktober 2009]

About Sirna Kalam Maya
Seorang yang keliru dan kritis dalam menerjah alam nan tiada batasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: