pengaruh zaman dan bangsa terhadap perkembangan sesuatu bahasa

Bahasa Melayu telah berubah mengikuti peredaran zaman dimana bahasa ini pada awalnya hanya mengandungi sekitar 157 patah perkataan. Kendatipun asal usul bangsa Melayu secara khususnya belum dapat disahkan oleh sejarawan, tetapi pertumbuhan bahasa Melayu ini dapat dikatakan berasal dari rumpun-rumpun bahasa Nusantara seperti di Sumatera Selatan, di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Purba atau Kuno terdapat pada sebuah batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masih.

Batu bersurat atau Prasasti adalah piagam atau dokumen yang ditulis pada bahan yang keras dan tahan lama. Bahan yang digunakan untuk menuliskan prasasti biasanya berupa batu atau lempengan logam, daun dan kertas. Ini merupakan ciri-ciri khazanah sejarah bahasa yang harus dijunjung dan dirujuk untuk mengenali dengan lebih mendalam asal usul bahasa Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dahulukala.

Evolusi pada bahasa Melayu pertama kalinya berlaku sekitar abad 7 masihi dimana penyerapan dan pengaruhan bahasa Sanskrit kepada bahasa Melayu berlaku. Pengaruh ini terjadi tatkala penubuhan kerajaan besar yang silam iaitu kerajaan Srivijaya. Selain memperluaskan atau memperbanyakkan kata-kata yang ada didalam kamus, bahasa Sanskrit juga adalah permulaan bagi penerapan imbuhan dalam konteks penggunaan imbuhan pada masa kini.

Pada abad ke 12 – 19 masihi, iaitu zaman kerajaan Melayu, bahasa Melayu telah menerima kemasukkan satu lagi bahasa. Penerapan bahasa Arab dan ini telah melahirkan bahasa Melayu Klasik.

Pada masa yang sama, diantara abad yang ke 12 – 13 masihi merupakan zaman peralihan antara bahasa Melayu Kuno atau Purba dan bahasa Melayu Riau. Ini dapat dibuktikan dengan terdapat pengaruh Arab dan berkurangan penggunaan bahasa Melayu Kuno seperti yang terdapat pada batu nisan Minye Tujoh, bertarikh 1350 masihi dari Acheh.

Bahasa Melayu moden bermula sekitar abad ke 19 setelah kedatangan penjajah Europa seperti Inggeris dan Belanda. Sebelum penjajahan British, seperti dalam konteks Singapura, bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yang tinggi. Ia berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa penghantar di pusat pendidikan Islam. Kini, selepas Perang Dunia kedua, British telah merubah dasar dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan seperti yang digunakan harian di Singapura.

Dari huraian yang disampaikan di atas, unsur-unsur penaklukan sesebuah kawasan, agama, dan pengaruh dari jajahan telah menjadi asas pertama dalam perkembangan sesebuah bahasa, yakni bahasa yang ingin diperkatakan ialah bahasa Melayu.

Unsur-unsur sistem pertuturan dan pembelajaran, dan juga kepegaruhan sesebuah empayar telah membentuk cara masyarakat itu bertutur dan menulis. Ini yang membentuk bahasa Melayu yang sedia ada pada masa kini.

Penerapan dan penerimaan unsur-unsur budaya juga telah menjadi sebagai suatu alasan dimana bahasa sesebuah bangsa lain seperti bangsa cina dan inggeris telah diterima sebagai sebahagian bahasa Melayu hari ini. Terdapat banyak perkataan yang “dipinjam” dari bahasa lain seperti kongsi, apek, samseng dari bahasa cina, qamus, abah, subuh dari bahasa Arab dan sebagainya.

Maka tidak hairanlah sekiranya bahasa Melayu pada zaman sekarang ini akan menjalani satu perubahan dan perkembangan yang pesat. Memandangkan pengaruh-pengaruh kuat dari Cina, Amerika dan Indonesia, dan juga media seperti televisyen, radio dan internet, bahasa Melayu mungkin akan berubah agar dapat diterima, diperkembangkan dan digunakan dalam penggunaan bahasa zaman ini.

Perubahan ini juga di anjakkan lagi dengan adanya bahasa-bahasa chat atau bahasa singkatan dimana perkataan itu di singkatkan. Kini slanga pun kerapkalinya digunakan dalam apa-apa konteks pun.

Sebagai huraian, bahasa Melayu telah lama menjalani perubahan zaman dan berkembang dengan adanya unsur-unsur luaran seperti Arab sebagai asas kembangnya bahasa itu. Kini, dengan adanya teknologi maklumat, akan lebih pesatlah perkembangan bahasa Melayu.

About Sirna Kalam Maya
Seorang yang keliru dan kritis dalam menerjah alam nan tiada batasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: