New Historicism Dan Resepsi Dalam Cerpen ‘Wajah’ Oleh Norzaidah Suparman

Pengenalan

 

Setiap karya penulisan kreatif pastinya akan ditulis untuk memenuhi kehendak atau keinginan seseorang itu. Kehendak dan keinginan ini merujuk kepada pengalaman, pemahaman, dan penafsiran pada sesuatu perkara atau isu yang ingin disampaikan kepada khalayak pembaca. Kadang-kala seorang penulis itu tidak dapat mengatakan hal yang ingin diketengahkan itu secara terbuka. Hal ini disebabkan beberapa faktor seperti undang-undang, tata-tertib penulisan, etika, adab dan sebagainya. Lalu, penulis seringkali akan menyampaikan mesejnya dalam bentuk penulisan yang bersandarkan pada unsur-unsur satira, penggunaan kata-kata puitis, penggunaan perlambangan dan cara-cara yang lain.

Lantas, tidak hairanlah jika hari ini terdapat pelbagai bentuk teori yang direka untuk diterapkan kepada karya-karya yang ada. Teori-teori yang ada bertujuan untuk menyelidik hal-hal yang ingin disampaikan oleh penulis, psikologi penulis, psikologi dan sosiolog dalam karya dan lain-lain lagi.

Oleh itu dengan menerapkan teori resepsi pada cerpen ‘Lembu’, karya Mohamed Latiff Mohamed, mengekori garis pandu yang ditetapkan dalam teori itu, dapatlah kita mentafsirkan karya itu mengekori pemahaman tersendiri.

 

Teori Resepsi

 

Teori yang tersedia ada sebelum perang kedua ini ialah untuk mempelajari ‘penerimaan terhadap karya-karya Dostovyeski di Jerman pada tahun 1880 – 1920’, untuk memperlihatkan penelitian masyarakat Jerman pada waktu itu yang bersangkutan dengan peperangan kedua.

Hans Robert Jauss dan Wolfgang Iser telah mengembangkan teori resepsi. Dalam mengembangkan teori ini, Jauss telah menumpukan perhatiannya kepada aktiviti pembaca. Hal ini bergantung pada penerimaan pembaca terhadap karya tersebut. Lantas, teori ini dibahagikan kepada dua sudut pandangan atau horison, iaitu horison penerimaan sastera dan horison sosiobudaya.

Horison penerimaan sastera merujuk kepada pengetahuan yang telah terbentuk dalam diri pembaca itu sendiri tentang aspek-aspek sastera, antaranya genre, bentuk, stail dan sebagainya. Ini selalunya dikaitkan dengan pengalaman pembaca di dalam membaca karya-karya sastera. Pengalaman ini akan membentuk harapan atau arah pembaca di dalam melakukan pembacaan terhadap pembacaan yang akan datang.

Horison sosiobudaya pulawujud dalam diri pembaca akibat dibentuk oleh berbagai keadaan yang berlaku di dalam budaya yang dihidupinya. Antaranya pendidikan, ideologi, ketegangan sosial, konflik moral, konflik nilai dan sebagainya. Keadaan-keadaan ini semuanya akan menentu harapan kepada pembaca terhadap karya sastera yang dibacanya.

Lantas, di dalam diri pembaca akan tersedia prasangka mengenai karya yang akan atau dibacanya. Hal ini berdasarkan kedua-dua horison penerimaan sastera dan horison sosiobudaya.

 

 

Pendapatan

 

Horizon Penerimaan Sosiobudaya

Cerpen ‘Wajah’, setelah diterapkan teori resepsi, telah mengemukakan pelbagai perkara menuruti pandangan yang ditetapkan dalam teori tersebut. Secara am, cerpen Norzaidah Suparman ini menggunakan unsur satira. Menurut Dewan Bahasa Pustaka (2005) satira memberi maksud, ‘karya yang mempersendakan atau menyindir orang’. Lantas, penggunaan pelbagai jenis tanaman dan pepohonan seperti Ubi Ganyut, Semalu dan sebagainya, sebagai pelakon utama dalam cerpen ini adalah untuk bertindak sebagai sindiran kepada golongan manusia.

Sepintas membaca cerpen ini,ia mengimbaskan mengenai hal-ehwal di Singapura, yang mana masyarakat ‘tanaman tempatan’ adalah representatif bagi masyarakat Melayu kita. Hal ini dapat dibuktikan melalui dialog tersebut.

“Bukan hanya sayur-sayuran, buah-buahan tempatan yang lain juga agak diketepikan… jualan memberangsangkan dalam masa singkat…”

(ms127) 

Ia tepat menyatakan mengenai masyarakat ‘tempatan’ yang diketepikan, (terutama sekali bangsa Melayu) walhal, ‘tanaman’ import (warga asing) lebih laris dan popular.

Selain itu, penulis menampakkan ketidak puasannya terhadap bangsa Tionghua yang dianggap sebagai pendatang, dan kini semakin maju. Dari kelompok yg kecil yang datang dari China, kini telah bermaharajalela di Singapura. Bangsa Tionghua yang direpresentatifkan sebagai ‘Epal China’, dikatakan:

 

“…jumlahnya cuma seberapa. Namun, semakin lama semakin banyak pula… menjadi punca pencarian pula…” (ms 126).

Rata-rata, keseluruhan cerpen ini, berfokus kepada isu masyarakat, kasih sayang, serta jurang pemahaman adat dan adab antara kaum muda dan yang tua. Isu hormat menghormati dikemukakan oleh watak Ubi Ganyut, Semalu dan Pucuk Paku. Ubi Ganyut ialah watak representatif bagi golongan tua yang bepengalaman dan berpengetahuan. Manakala, Semalu merupakan golongan muda yang lebih vokal dan kurang mempraktikkan adat dan budaya turun temurun. Akhir sekali watak Pucuk Paku, merupakan mereka dari golongan pertengahan usia (middle-age) yang agak matang dari segi pemikiran.

Cerpen ini juga mengingatkan kita tentang adat dan adab kita sebagai umat manusia agar menghormati mereka yang lebih berusia. Hal ini dapat dilihat melalui perbualan diantara watak Ubi Ganyut bersama Semalu, yang mana Semalu bersikap biadab terhadap Ubi Ganyut dan memperkecilkan pengetahuan serta kewibawaannya. Akhir sekali, sikap Semalu yang jahil itu dicantas oleh Pucuk Paku yang mengingatkan bahawa sikap hormat menghormati tidak harus diketepikan (ms123 – 125). Hal ini boleh dikaitkan dengan masalah semasa, yang mana masyarakat muda adalah lebih lantang dalam menyuarakan pendapat mereka. Akibat daripada pangram barat, atau juga modernisasi, masyarakat muda kian kurang beradab dan kurang endah terhadap orang tua. Selain itu, mungkin ia disebabkan oleh pengalaman penulis sebagai seorang guru yang sering menghadapi dengan murid-murid yang sedemikian.

Horizon Penerimaan Sastera 

Cerpen adalah hasil karya sastera yang semoleknya menepati ciri-ciri teks seperti tema, perutusan, mesej, konflik, klimaks, penyelesaian dan sebagainya. Lantas, melalui cerpen ‘Wajah’ oleh Norzaidah Suparman, unsur-unsur penilaian teks dapat diutarakan.

Cerpen ini, dari segi penerimaan sasteranya banyak membawa unsur satira. Satira dalam cerpen ini dibawa oleh watak-watak tanam-tanaman seperti Ubi Ganyut, Semalu, Pucuk Paku dan sebagainya. Ubi Ganyut mewakili golongan tua, yang berpengalaman dan berkepimpinan. Semalu pula merupakan watak representatif bagi golongan muda dan moden, yang mana sudah kurang endahkan adat dan adab. Pucuk Paku adalah golongan bekerja atau pertengahan umur, yang tegas dan menyokong ideologi Ubi Ganyut.

Ia juga mengemukakan berbagai jenis peribahasa dan simpulan bahasa, yang telah mengindahkan lagi laras bahasa cerpen ini. Antaranya ialah ‘bagai katak panggil hujan’, dan ‘dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung’.

 

New Historisisme

Perkataan seterusnya ‘Histori’ berdiri daripada perkataan ‘History’ atau sejarah, dan Historisisme. ‘History’ atau sejarah diberi erti sebagai ‘A record or narrative description of past events’ (Wordweb.info) dan Kamus Longman (2009) pula mendefinisikannya sebagai ‘All the things that happened in the past, especially the political, social or economic development of a nation’; Kamus Dewan (2005) mengatakan bahawa sejarah ialah ‘Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo’.

Historisisme pula menurut lelaman Wordweb mengatakan bahawa ia adalah sebuah ‘theory that social and cultural events are determined by history’; manakala Kamus dewan pula merujuknya sebagai kecenderungan utk menganggap perkembangan sejarah sebagai aspek yang amat penting dalam kewujudan manusia dan sebuah teori yang menekankan fenomena sosial dan budaya adalah ditentukan oleh sejarah.

Perkataan ‘-ism’ atau –isme Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ialah akhiran asing kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan.

 

New Historicism adalah sebuah teori sastera yang dilahir dan dibentuk dalam zaman pascamoden. Teori ini adalah hasil daripada kesedaran bahasa aspek pensejarahan tidak boleh diketepikan dalam berhadapan dengan teks-teks sastera (Hamilton, 2003). Kebanyakan teori pascamoden dengan lantang menolak elemen sejarah, justeru itu teori ini kembali mengajak masyarakat sastera masuk ke dalam sejarah.pengkaji sastera aliran ini mmbuktikan dengan mengkaji sastera zaman renaissance, dan mereka menunjukkan bahawa bangsa Eropah mendapat martabatnya dengan mengenal sejarahnya.

Teori New Historicism tidak melihat sejarah sebagai sejarah, tetapi apa yang ia mewakili (Hamilton, 2003). Sebenarnya fahaman teori new historicism ini dipengaruhi dengan kuat oleh fahaman marxist. Dimulai dengan nama cultural poetics dan literary materialism (Hamilton, 2003), teori ini berubah menjadi new historicism di tangan Stephen Greenblatt.dalam beberapa hal ada yang menyatakan fahaman ini sebagai pascamarxist, yang banyak melihat teks sastera dalam konteks dengan ideologi dan budaya serta tugasnya yang terpenting ialah mencari kebenaran sejarah yang disebut dalam istillahnya double voice (Wolfreys, 1999).

Sejarah sering ditafsirkan sebagai fotokopi, nostalgia atau idealistik, yang masing-masing mempunyai kepentingan (pemaknaan) dan kewajarannya dalam teks. Juga cuba mempertikaikan realiti yang dicipta pengarang, justeru kadang-kadang pengarang memanipulasi realiti itu sendiri. Dari sudut yang lain, teori ini menekan aspek political dimension dan juga berbau kajian budaya (Wolfreys, 1999). Tetapi yang lebih penting ialah new historicism berfokus kepada aspek fungsinalisasi teks sastera berbanding aspek estetika dan artistiknya.

New Historicism adalah sebuah terori kajian, penelitian, apresiasi dan penyelidikan sastera yang idealisme dan pemangkinnya adalah sejarah (Wolfreys, 1999). John Brannigan (1999: 418-419) menjelaskan bahasa;

… an important realisation of the new historicism is that literature and history are inseperable. For new historicism the object of study is not the the text and its context, not literature and its history, but rather literature in history.

 

John Brannigan (Ibid.) menjelaskan juga bahawa;

… new historicism critics are most concerned are the role of historical context in interpreting literary text and the role of literature rhetoric in mediating history.

 

New Historicism berpendapat bahawa(Ibid.);

… literary text have specific functions within a network of power relations in society.

Daripada pernyataan-pernyataan ini dapatlah dikatakan bahawa literature is a vehicle for the representation of history (Ibid.)(sastera adalah sarana yang mewakili sejarah.).

New Historicism adalah satu teori persuratan yang mula dibentuk dan cuba dikembangkan dalam tahun 1980-an, terutamanya kajian dan tulisan pengkritik Stephen Greenblatt. Teori ini mula membiak kembang dan menular pengaruh dalam tahun 1990-an.

 

·

Sastera dihasilkan dalam ruang yang ‘berisi’ dan bukan dalam keadaan atau ruang yang kosong atau vakum sahaja (Farrell, 2004).

·

Sehubungan itu, sastera mengandungi muatan yang sarat dengan unsur-unsur kesosialan, kebudayaan, amalan, kepercayaan, kesenian, kebahasaan dan sebagainya (Farrell, 2004).

 

 

Peranan NEW HISTORICISM: Sebagai alat membantu pemahanan/ enjin pencarian

1) Proses pembacaan sesebuah teks untuk sampai kepada maknanya Apakah idea utama yang menjadi dasar kepengarangan penulis terhadap teks yang dihasilkannya? Bertolak daripada penemuan idea, kemudiannya akan dikaitkannya pula dengan ideologi penulis. Tegasnya, membaca teks dengan menggunakan Teori Historicism adalah satu usaha pembacaan aktif terhadap pencarian idelogi penulis sewaktu dia berkarya, iaitu suatu process pencarian transendental (berkenaan dengan sesuatu idea, fahaman, pengalaman yang sukar difahami dengan menggunakan pemikiran logik biasa, ghaib, abstrak) penulis menentukan kesedaran penulis (Hamilton, 2003).

2) New Historicism membuat penelitian dan analisis bagi mendapatkan sudut sosiobudaya. Sudut sosiobudaya dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian:

i) Untuk mendapatkan gambaran atau citra tentang sosiobudaya penulis.

ii) Untuk menganalisis sosiobudaya yang menjadi latar sesebuah teks itu dihasilkan.

iii) Untuk menghuraikan latar sosiobudaya teks seperti yang digunakan oleh penulisnya.

Analisis pengsosiobudayaan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang jelas bagi membantu pembaca memahami isi sebenar teks yang sedang dibaca. Juga pengetahuan ini dapat menerangkan bagaimana proses penciptaan sesebuah teks, sehingga khalayaknya dapat dihantar pemikirannya ke arah penanggapan makna teks, tegasnya berlaku proses pemaknaan teks.

 

 

New Historicism adalah sebuah teori sastera yang dilahir dan dibentuk dalam zaman pascamoden. Teori ini adalah hasil daripada kesedaran bahasa aspek pensejarahan tidak boleh diketepikan dalam berhadapan dengan teks-teks sastera. Teori ini kembali mengajak masyarakat sastera masuk ke dalam sejarah. Sejarah sering ditafsirkan sebagai fotokopi, nostalgia atau idealistik, yang masing-masing mempunyai kepentingan (pemaknaan) dan kewajarannya dalam teks. New historicism berfokus kepada aspek fungsinalisasi teks sastera berbanding aspek estetika dan artistiknya. New Historicism adalah sebuah terori kajian, penelitian, apresiasi dan penyelidikan sastera yang idealisme dan pemangkinnya adalah sejarah.

 Fotokopi (peniruan bulat-bulat)

·

Penulis menggambar atau melukiskan semula sejarah yang dilalui oleh masyarakat, bangsa atau nusa seperti seadanya.

·

Penulis akan sedaya upaya melakukan penyelidikan untuk mendapatkan ketepatan fakta dan menghasilkan karya (teks) sedekat dan sehampir mungkin dengan sejarah.

Nostalgia (mengimbau kenangan manis)

·

Ada penulis yang melihat dan melukiskan sejarah menggunakan kaca mata nostalgia (iaitu kerinduan pada sesuatu yang pernah dialami dan dinikmati pada masa lalu, kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu, mengenang atau mengingat)

·

Penulis hanya berhasrat untuk menceritakan sejarah yang indah-indah, menarik, gemilang dan menyeronokkan sahaja.

·

Kaedah nostalgik ini bertujuan untuk menggambarkan zaman kegemilangan sesuatu bangsa itu pada zaman silam atau perkara yang sudah berlalu pada masa lalu.

 

Idealistik

·

Penulis melihat sejarah bagi tujuan masa kini dengan menukil, menyebut dan menyelongkar masa silam atau peristiwa lalu.

·

Unsur ‘bagi tujuan masa kini’ bermaksud penulis menggunakan bahan atau intipati sejarah masyarakat, bangsa atau nusa hanyalah sebagai landasan (dasar, asas, mempunyai sesuatu sebagai alasan) walaupun hakikatnya yang menjadi motif pengkaryaan adalah masa sezaman dengan penulisnya.

·

Penulis yang menggunakan kaedah idealistik adalah untuk membina kesempurnaan atau paling sesuai, sesuai dengan yang dicita-citakan serta membina keunggulan bagi masyarakat, bangsa atau nusa (sifat- sikap atau perbuatan melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal), (sifat atau cita-cita menghasratkan yang unggul atau yang sempurna)

·

Sikap idealistik adalah satu hasrat atau cita-cita yang unggul tetapi adakalanya tidak realistik kerana tidak berkemungkinan tercapai atau menjadi kenyataan sehingga lebih merupakan impian.

·

-Penulis yang menggunakan kaedah idelistik sejarah merupakan penulis idealis.

 

Pendapatan

Fotokopi

 

 

Nostalgia

 

 

Idealistik

 

 

 

 

Rujukan:

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan, Edisi Keempat. Selangor Darul Ehsan: Dawama Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2008). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Retrieved February 9, 2010, from Dewan Bahasa Dan Pustaka: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=conception

Hashim Awang. (1993). Pengkaedahan Melayu Dalam Kajian Dan Kritikan Kesusasteraan Tanah Air. Kuala Lumpur: Dewan Sastera, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mana Sikana. (2003). Membina Keunggulan Tradisi Sastera. Singapore: Pustaka Nasional.

Mana Sikana. (1998). Teori Dan Kritikan Sastera Pascamodenisme. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mana Sikana. (1997). Teori Sastera Dan Budaya Dalam Kajian Akademik. Bangi: Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Veeser, ed. The New Historicism, (Routledge, Chapman and Hall) 1989, “Introduction”, p. xi. Nineteen essays by contributors.

An “ancestor” of the New Historicism noted in Mikics is C.L. Barber’s Shakespeare’s Festive Comedy (1959), which set the comedies against a contemporary cultural background of popular traditions like the “lord of misrule”, where authority was inverted, transgressed and burlesqued.

Murfin, R. & Ray, S 1998, The Bedford glossary of critical and literary terms, Bedford Books, St Martins

Orgel, Stephen. The Authentic Shakespeare. Routledge, 2002.

Rice, P. & Waugh, P. 1989, Modern literary theory: a reader, 2nd edn, Edward Arnold, Melbourne.

Veeser, H. Aram (Ed.). The New Historicism. Routledge, 1989.

http://www-english.tamu.edu/pers/fac/myers/historicism.html Myers, D. G. 1989, The New Historicism in literary study, viewed 2 January 2011

Buku: Sosiologi Sastera: Teori & Aplikasi

CliffsNotes.com. What is New Historicism? 2 January 2011
<http://www.cliffsnotes.com/Section/id-305403,articleId-121683.html&gt;.

Eagleton, Terry. “Phenomenology, Hermeneutics, and Reception Theory,” in Literary Theory. University of Minnesota Press, 1996. p. 47 – 78.

Holub, Robert C. Crossing Borders: Reception Theory, Poststructuralism, Deconstruction. Madison: U of Wisconsin P, 1992. Holub, Robert C. Reception Theory: A Critical Introduction. London: Methuen, 1984.

Iser, Wolfgang. The Act of Reading: A Theory of Aesthetic Response. Baltimore: Johns Hopkins UP, 1978.

Jauss, Hans Robert. Aesthetic Experience and Literary Hermeneutics. Trans. Michael Shaw. Minneapolis: U of Minnesota P, 1982.

Jauss, Hans Robert. Toward an Aesthetic of Reception. Trans. Timothy Bahti. Minneapolis: U of Minnesota P, 1982.

Mohamed Pitchay Gani, Mohamed Abdul Aziz (Ed.), Norzaidah, Suparman. (2005) Cerpen Remaja: Wajah. Anugerah Persuratan 2005, Majlis Bahasa Melayu Singapura, (pp123-129)

About Sirna Kalam Maya
Seorang yang keliru dan kritis dalam menerjah alam nan tiada batasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: