Lagu ‘Geram Ajer’ Oleh Noorhaqmal: Pendapat Peribadi

Lagu “Geram Ajer” nyanyian dan ciptaan Nooraqmal memberi mesej yang mendalam. Lagu ini mengetegahkan sikap remaja terhadap bahasa dan pelajaran. Cara ia dilagukan juga memberi pendengar pengetahuan mengenai sistem sebutan dan penulisan yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Remaja pada zaman ini semakin tidak boleh dikawal lagi. Ini adalah atas sikap mereka yang suka sambil lewa mengenai masa depan hidup mereka. Sikap sambil lewa ini yang telah menjerat mereka kedalam lingkaran syaitan atau dikenali sebagai “vicious cycle” dimana nasib mereka sentiasa malang dan susah disebabkan tahap pendidikan yang tidak seberapa dan sikap mereka yang suka bersantai. Seperti nasihat yang dihujah dalam lagu ini, cara terbaik untuk keluar dari perangkap ini ialah melalui pendidikan yang sempurna dan berkat rajin berusaha.

Malangnya, remaja kini bukan mahu mengambil ikhtibar dan nasihat untuk maju dalam masa depan mereka, malah mereka lebih mementingkan segala yang dianggap sebagai hiburan. Ini juga boleh dikaitkan sebagai satu penyakit masyarakat Melayu dimana sesetengahnya menjebakkan orang tua. Ada dua kumpulan masyarakat Melayu yang diketengahkan yang berpenyakit kronik ini, iaitu kumpulan yang sikap hasil dari tunjuk ajar ibu bapa dan kumpulan yang mempelajari dari rakan-rakan akibat tekanan untuk serasi dengan puak sebegitu.

Mereka yang bermula kerana mencontohi ibu bapa mereka adalah kumpulan yang sukar sekali untuk berubah atas alasan dimana sikap, kelakuan dan perangai ibu bapa yang harus dicontohi. Seringkali jika remaja dalam lingkungan ini dinasihati atau ditegur, akan dijawap dengan alasan bahawasanya ibu bapa mereka juga melakukan perkara yang sama dan ianya dianggap biasa. Dalam kes ini, agak payah untuk mereka keluar dari jerat lingkaran syaitan itu melainkan dia seorang yang cekal hati dan dengan sendirinya ingin kehidupan yang baik dan selesa.

Kumpulan yang hasil dari tekan remaja pula boleh dikatakan mudah terpengaruh dalam gejala-gejala yang kurang sihat seperti bergaduh, mengambil dadah, terjebak dalam kumpulan samseng dan lain-lain lagi. Mereka seakan berkuasa apabila bersama sekumpulan rakan yang sehaluan dengan mereka tetapi mudah dilentur jika dapat dipisahkan dari kumpulan hitam tersebut. Remaja dalam golongan ini, seringkali mempunyai ibu bapa yang mengambil berat tentang keperluan anak-anak mereka. Mereka juga yang selalunya menerima teguran dan nasihat dari ibu bapa mereka tetapi sering tidak diendahkan.

Sikap masyarakat yang suka berfoya-foya dan bersambil lewa ini telah menjejaskan keutuhan sesebuah bangsa dan bahasa. Ini dikatakan dalam lagu “Geram Ajer” dimana lagu ‘rojakkan’ bahasa dimana penulis ingin sampaikan pada masyarakat yang bahasa sekarang, dalam konteks Singapura, telah bercampur-aduk dengan bahasa lain dan hasilnya ialah “Singlish” dan sebagainya. Sukar untuk mendidik mereka untuk menggunakan bahasa Melayu yang sempurna kerana sikap mereka yang malas dan tidak mengambil endah.

Lagu ini juga mengatakan tenteng status pembelajaran masyarakat Melayu amnya yang tidak berpendidikan tinggi dan tidak pernah mendapat markah yang baik. Ini semua kerana sikap mereka yang malas untuk membaca dan menelaah buku.

Atas perbuatan dan sikap seperti yang dikatakan diatas, masa depan mereka terjejas. Mencari kerja terbatas kerana pendidikan mereka yang kurang memuaskan dan ini menyebabkan kadar pengganguran yang tinggi dan hasil pendapat yang rendah. Oleh kerana mereka tidak dapat mengikut tahap kehidupan di Singapura yang semakin mahal, mereka menggunakan jalan yang mudah iaitu meminta dari pemerintah.

Selain dari itu, lagu ini juga menunjukkan transisi bahasa secara lisan mahupun tulisan yang berubah. Dahulunya pertuturan menggunakan bahasa baku yang kemudiannya transit kepada bahasa Melayu Johor-Riau. Kini bahasa baku diiktirafkan kembali. Selain dari itu, perubahan dari segi penulisan pun kelihatan. Dari penulisan yang berpuitis hingga sekarang yang tidak mengandungi unsur-unsur puitisnya. Malah bahasa yang bercampur aduk dibangga-banggakan oleh masyarakat kita.

Kini sebagai ringkasan, ingin dikatakan bahawa pendidikan dan sikap merubah masa depan kita. Dengan terjeratnya dalam lingkungan syaitan ini, sesorang itu akan hidup sebegitu; dalam keadaan susah selama-lamanya. Bak kata perpatah, Hilang Adat, Hilanglah Budaya. Martabat sesuatu bangsa itu bergantung pada kesantunan bahasa yang tinggi nilainya.

About Sirna Kalam Maya
Seorang yang keliru dan kritis dalam menerjah alam nan tiada batasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: