Gemalai Lenggang Som Said

Setiap pembangunan dalam diri seseorang mahupun sesebuah organisasi seringkali bermula dengan kegagalan. Kegagalan ini selalunya berpunca dari kesilapan ataupun masalah-masalah tertentu yang menjatuhkan perancangan seseorang itu atau sesebuah organisasi.

“Each subculture… — whether gender or region, profession or class— seems to have its own code of failure: what kinds are acceptable, how to treat those who fail, rules that protect the status of the subculture and its members.”

“… subject to misfortune, or failures due to things beyond their control. This is the external locus of causality. The second category we anticipate finding involves blaming failures on mistakes, such as inadequate ability or effort, improper strategies, or poor business models. This involves an internal locus of causality.”  

(Michael Lewis, New York Times, August 1999)

Kesalah tafsiran terhadap kejayaan yang baru sahaja dirangkul itu merupakan punca utama dalam setiap kegagalan.

“… failures would primarily involve internal causality attributions where entrepreneurs are blamed for the mistakes that led to their failed businesses.”

(Michael Lewis, New York Times, August 1999)

Mengikuti kesilapan dalam mentafsirkan yang baik, sikap mudah putus asa ialah angkara matinya semangat seseorang itu. Namun, setiap kegagalan perlu diambil sebagai suatu iktibar yang boleh diperbaiki keadaannya. Berputus asa bukan alasan yang kukuh untuk menghalang pembangunan. Seringkali, motivasi dan kecekalan merupakan tunggak suatu pencapaian dan kejayaan.

“Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.”

“Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang diinginkan.”

“Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi.”

(Taidin Suhaimin, 2008)

 

Ini sinonim dengan kejayaan Som Said, penata tari dan penaung Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd, yang baru-baru ini telah menjadi penerima Anugerah Jauhari Berita Harian 2009 (Berita Harian (Singapura), 29 Julai 2009).

Som Said atau nama sebenar Som Mohamed Said, merupakan pengarah artistik Sri Warisan Som Said Performing Arts Limited, sebuah syarikat tidak mencari untung yang ditubuhkannya pada tahun 1997. Beliau telah berjinak-jinak dalam seni tari seawal umur 8 tahun dan sehingga kini, masih lagi menyumbang tenaga dengan semangat yang utuh untuk mempelajari, memperkenal dan mengekalkan seni pementasan Melayu. Som Said, pemegang sijil sarjana muda dalam jurusan kesenian dan kini sedang menanti keputusan bagi ijazah sarjana, pada zaman mudanya pernah bertugas sebagai kerani perakaunan dan penyambut tamu sebuah hotel tempatan sebelum membuka bisnes andamannya sendiri. Beliau telah mendirikan istananya bersama Encik Ahmad Sawal ketika berumur 23 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata (The Straits Times (Singapore), 9 Mei 1998).

Bermula sebagai seorang penari biasa yang pernah berguru dan dipimpin oleh Allahyarham Nong Chik Gani ketika di Sriwana, Som Said telah mekar dan menjadi seorang penata artistik yang berkaliber. Banyak persembahan di dalam dan di luar negara yang beliau pernah mengambil bahagian atau dijemput seperti di Greece, Egypt, Germany, New Zealand, Korea Selatan, Australia dan China. Sumbangannya dalam persembahan kebudayaan di Singapura seperti persembahan peringkat nasional seperti Chingay, Hari Kebangsaan, konsert Aidilfitri dan banyak lagi (Plush;06 August 2009).

Apa yang mengagumkan ialah idea-idea yang segar dalam perekaan tarinya yang unik dan indah, sinonim dengan citarasa masyarakat pada waktu itu. Setiap rekaan tarinya tidak pernah lepas dari estetika dan kehalusan kesenian itu.

Namun setiap perjalanan beliau tidak pernah mudah baginya. Banyak liku-liku dan kegentingan yang harus dilaluinya. Masalah, yang hasilnya dari ketidak persetujuan oleh ahli-ahli dan lapisan masyarakat tertentu, seringkali mencela visinya untuk mengembang dan membangunkan Sriwana sebagai pusat kesenian yang beriktiraf (http://www.sriwana.com/history.html). Mungkin juga, atas alasan ini, Som Said telah mundurkan diri dari Sriwana dan membuka pusat keseniannya sendiri.

Pada tahun 1997 (http://www.sriwarisan.com/), Som Said telah menubuhkan pusat seni hak miliknya sendiri dengan bantuan keluarganya dan beberapa pengikut-pengikut setianya seperti Sulastri, Rizman dan lain-lain lagi. Pusat seni itu atau yang lebih dikenali sebagai Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd, atau secara ringkas Sri Warisan, telah menjadi tumpuan pihak media, penggiat seni, ahli politik dan banyak lagi kumpulan-kumpulan tertentu. Oleh kerana hubungan beliau dengan pihak-pihak dan penganjur-pengajur tertentu amat kuat dan beliau di anggap sebagai seseorang yang boleh dipercayai, tidak ada kesukaran untuk beliau mendapatkan bantuan dan sokongan dari kenalan-kenalan beliau ini (The Straits Times (Singapore); Disember 5, 1997).

Keramahan dan sikap tidak putus asa yang beliau tampilkan merupakan aspek penting untuk memupuk keyakinan dalam penganjur-penganjur yang ada dan mereka merupakan penyokong utama Som Said. Namun demikian, pembukaan Sri Warisan, kata Som Said, tidak menggunakan sembarang pinjaman dari syarikat-syarikat luar mahupun bank. Wang yang digunakan untuk menggajikan pekerjanya hanya hasil dari titik peluh, simpanan beliau dan pinjaman dari ibunya sahaja (Herman Kamarudin, www.soe.org.sg ; 2005).

Antara masalah-masalah yang harus beliau harungi ialah masalah peribadi di mana masa dengan keluarganya harus dikorbankan. Suaminya pula, walaupun akan keseorangan diri menjaga anaknya yang masih kecil pada ketika itu, telah memberi sokongan dan restui setiap aktiviti yang beliau ingin atau perlu lakukan. Seperti dahulunya, beliau perlu menaiki kapal Nippon Maru, dan ditugaskan untuk mengajar tarian selama enam bulan (Herman Kamarudin, www.soe.org.sg ; 2005). Pengorbanannya ini tidak selalunya boleh dicontohi oleh pelapis-pelapis muda sekarang ini yang hanya atau seringkali mementingkan kehidupan mereka seharian tanpa memandang jauh. Yang pasti, seperti Som Said, kita harus ada wawasan dan visi demi mengecapi kejayaan suatu hari nanti.

Falsafah Som Said hingga ke hari ini ialah, ‘Where there is a will, there is a way’ merupakan tekad demi kejayaan, kerana masyarakat dan pelapis zaman ini mengganggap kejayaan itu sebagai ‘mi segera’. Ini juga mengatakan bahawa tiada jalan mudah untuk mengecapi kejayaan dan pejalanannya amat jauh dan rumit. Tetapi tip yang paling penting sekali ialah untuk tidak putus asa walaupun harapan untuk berjaya amat tipis.

Som Said, seorang wanita yang gigih dan teguh pendiriannya, ialah seorang pejuang seni pementasan Melayu yang unggul hingga ke hari ini. Beliau harus diperlihatkan sebagai seorang ikon yang harus dicontohi. Atas keikhlasannya demi menperjuangkan dan memperbangunkan seni Melayu, walaupun masyarakat sekarang lebih terpengaruh dengan seni dan tabian kebaratan, beliau sanggup mengorbankan tenaga dan kehidupan bersama keluarganya. Tanpa pejuang seperti Som Said, yang pasti bahawa masyarakat Melayu hari ini akan kehilangan identiti mereka sebagai waris Melayu mutakhir. Akan hilang juga sebuah warisan yang merupakan khazanah kebanggaan orang-orang Melayu. Hadirnya Som Said dalam masyarakat yang kian moden ini memang amat berharga sekali. Som Said, ikon seni pementasan Melayu yang dihormati dan disegani ramai, terutama sekali oleh mereka yang mengenali dan membesar dengannya.

Di sini dapat kita pelajari bahawa keteguhan, kecekalan dan motivasi yang sihat, dapat membangunkan taraf kehidupan seseorang

“Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.”

“Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini.”

(Taidin Suhaimin, 2008)

Bak kata pepatah Melayu, “genggam bara api biar sampai jadi arang”, kerana setiap pekerjaan yang susah hendaklah bersabar demi mengecapi kejayaan.

“It is not easy, but there is no shortcut to success,”

“Asked if it has been a steep learning curve, she smiles again: ‘Whatever curve you want to call it, I think it is enjoyable and interesting – though how I wish I were younger.”

(Som Said, The Straits Times (Singapore), July 30, 2009)

Malah setiap kesusahan atau kegagalan yang melanda, harus diambil sebagai suatu cabaran untuk memperbaiki kehidupan dan masa depan kita. Kita harus pelajari dari kesilapan dan hindari dari mengulangi kesilapan lampau.

 

 

 

 

 

Rujukan:

 

http://www.ugmc.bizland.com/ak-ertimotivasi.htm

 

http://www.taidinsuhaimin.com

 

http://www.plushasia.com/article/4598

 

http://www.straitstimes.com/Breaking+News/Singapore/Story/STIStory_409773.html

 

http://www.dansing.org.sg/aboutdance_singapore_som.php

 

http://www.soe.org.sg/files/o_interview.php?sid=458&a=&c=&year=2005&n=501

 

Stephanie Yap, (July 30, 2009) The Straits Times (Singapore): Choreographer is BH Achiever of Year; Singapore Press Holdings Limited


__________ (January 29, 2002) The Straits Times (Singapore), LIFE!: Som Said goes arty-crafty in KL; Singapore Press Holdings Limited  
Tuminah Sapawi (May 9, 1998) The Straits Times (Singapore), Life!: School didn’t teach me to burp baby; The Straits Times Press Limited  
__________ (December 5, 1997) The Straits Times (Singapore), Life! Cover Story: Bright future for Malay arts; The Straits Times Press Limited  

__________ (December 5, 1997) The Straits Times (Singapore), Life! Cover Story: We want to create a living arts museum; The Straits Times Press Limited  

Chris Yeung (August 6, 2008) South China Morning Post: Thriving arts scene helps cast aside Lion City’s staid image; South China Morning Post Ltd

 

About Sirna Kalam Maya
Seorang yang keliru dan kritis dalam menerjah alam nan tiada batasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: