Dari Pendatang, Menjadi Penjajah, Kini Peragut. Lupakah Mereka Akan Sejarah Atau Ini Merupakan Penaklukan Tanpa Peperangan?

PengenalanSepanjang jalanan sejarah, tanah Melayu dikenali dan dihuni oleh orang-orang Melayu di atas naungan kedaulatan Sultan-sultan Melayu. Sehingga sekitar abad ke-16, tanah Melayu dijajah barat. Tanah Melayu mula melihat perubahan dari segi ekonomi, status dan melihat datangnya penghuni-penghuni baru yang dibawa masuk oleh British. Pendatang-pendatang ini berasal dari negara-negara seperti India, Cina, Arab dan sebagainya.

Singapura juga melihat perubahan dan kedatangan seperti ini. Pendatang-pendatang ini menerjah lautan luas dengan hasrat untuk mencari rezeki yang lebih baik. Namun begitulah pada pemulaannya dan lama-kelamaan, mereka kian selesa dengan kesenangan dan ketenangan yang mereka raih setelah bermusafir ke rantau ini.

Pendatang-pendatang ini dengan bijaknya telah menggunakan pelbagai cara dan jalan untuk mendapat hak yang setara dengan peribumi. Serta bijak menambat hati Sultan-sultan yang memerintah ketika itu. Lantas, setelah kesultanan Melayu lemah, jatuhlah Singapura ke tangan British dan kemudian ke tangan PAP atau Partai Gerakan Rakyat (PAP), yang diketuai oleh seorang yang berbangsa Cina. Dan jika dirujuk pada sejarah, Cina sememangnya adalah pendatang dan bukan merupakan peribumi Singapura.

Setelah Singapura berpisah dari Malaysia sekitar 1965, pemerintahan Singapura beralih tangan daripada naungan kesultanan hingga ke pemerintahan millieu ini. Oleh kerana ramai daripada penduduk di Singapura ini merupakan warga Cina, dan partai yang mewakili negara ini diketuai oleh warga yang sama, ia seakan-akan mereka ingin ‘menakluk’ negara ini dengan meninggalkan sebuah legasi yang berbaur komunis dan bersenikan Cina.

Banyak khazanah-khazanah Melayu di Singapura ini telah diubah atau dilenyapkan sama sekali. Daripada nama-nama jalan, hingga ke nama-nama sekolah, hingga ke hak-hak peribumi, hingga ke tata-hidup masyarakat Melayu dan agamanya. Mengekori kisah yang terkini, hak Melayu dan kesejarahan yang telah mengikat negara ini dengan sejarah Melayu yang sah, akan dilepaskan ke tangan pemerintahan Singapura. Lama kelamaan Singapura akan hilang kemelayuannya dan semakin menyerlahlah kecinaannya.

 

Sedutan Sejarah Singapura Dan Ketuanan Melayu Malaysia

Singapura telah memainkan peranan yang kecil di dalam perkembangan sejarah Asia Tenggara sehinggalah Sir Stamford Raffles menubuhkan sebuah pelabuhan British. Di bawah pemerintahan British, Singapura merupakan pelabuhan yang amat strategik. Memandangkan ia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China, pelabuhan Singapura akhirnya menjadi antara pelabuhan yang terpenting di dunia sehingga ke hari ini (Hahn, Emily; 1946).

Semasa Perang Dunia II, Singapura telah ditawan oleh tentera Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Ketika itu, Singapura dikenali sebagai Syonan-To. Selepas tamat peperangan Dunia II, penduduk tempatan dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri tetapi masih belum mencapai kemerdekaan. Sepanjang ketika itu, di antara 1945 hingga 1963, Singapura telah diperintah oleh Parti Buruh, David Marshall yang telah menjadi Ketua Menteri Singapura yang pertama(lelaman Central Intelligence Agency, World Fact Book).

Pada tahun 1963 Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Akan tetapi Singapura telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965. Sehingga kini, daripada sebuah negeri bawah naungan Malaysia, Singapura telah berdiri dengan sendiri dan menjadi sebuah negara yang maju dan berjaya. PAP atau Partai Gerakan Rakyat (People Action Party) merupakan partai yang telah meneraju dalam pemerintahan Singapura. Dalam hal ini, Partai yang dahulunya merupakan partai yang berbilang kaum ketika ia baru-baru ditubuhkan, kini semakin kelihatan berat sebelah dengan adanya lebih ramai mereka yang berbangsa Cina (lelaman Central Intelligence Agency, World Fact Book).

Kendati begitu, konsep pemerintahan Singapura boleh dikatakan terbalik jika dibandingkan dengan Malaysia. Malaysia ialah sebuah negara yang berkerajaan. Pemerintahan di Malaysia berkonsepkan Ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang diperjuangkan oleh UMNO (Baru) yang mendakwa bahawa orang Melayu merupakan tuan di Malaysia dan mempunyai hak di atas Malaysia, dengan orang Cina dan orang India di negara itu dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk ke Persekutuan Tanah Melayu oleh British). Hal pendatang Cina dan India boleh dirujuk daripada sejarah pemerintahan British. Di Sini, konsep Ketuanan Melayu menyatakan bahawa rakyat bukan Melayu disifatkan telah terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara menepati prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Walaupun begitu, rakyat berbangsa Cina dan India tetap ingin memperjuangkan keinginan untuk mempunyai hak yang sama rata dengan bangsa Melayu, yang seperti sedia maklum, Melayu merupakan peribumi sebenar Malaysia, Singapura, Indonesia dan negara-negara lain yang telah dikenali sebagai negara Melayu. Sehingga kini, hak itu masih lagi diperjuangkan dan besar kemungkinan pemindahan kuasa akan terjadi dalam jangka masa yang mendatang ini. Jika Malaysia tidak memperjuangkan hak Ketuanan Melayu dengan baik, mungkin lama-kelamaan Malaysia akan diperintah oleh mereka yang bukan berbangsa Melayu dan konsep Ketuanan Melayu akan luput serta konsep Di Raja akan ditiadakan.

Menurut lelaman encyclopedia-malaysia, oleh disebabkan Islam merupakan agama rasmi Malaysia, terdapat percanggahan konsep Ketuanan Melayu apabila diperlihatkan Surah Al-Hujurat (Ayat 13), yang menekankan bahawa tiada kelebihan antara sesama manusia melainkan takwa, yang berdasarkan perorangan dan bukan bangsa. Maka konsep “Ketuanan Melayu” jelas merupakan satu konsep yang tidak dibenarkan di sisi agama Islam:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

(Surah Al-Hujurat, Ayat 13)

Ayat ini menekankan kehendak Islam, lalu mengisytiharkan bahawa kesamaan antara semua orang sebagai satu bangsa manusia dan bukan kerana konsep berpuak. Islam menghargai manusia sebagai manusia dan bukan atas apa jua alasan yang lain. Islam tidak membezakan antara dua bangsa atau dua golongan manusia, atau antara dua warna kulit. Nabi Muhammad (S.A.W) mengungkapkan konsep ini ketika dalam perjalanan haji terakhirnya dengan bersabda:

“Wahai manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu adalah satu, dan bapa kamu juga adalah satu. Ketahuilah tidak ada keutamaan orang Arab atas orang ajam (bukan Arab) dan tidaklah pula orang ajam atas orang Arab, tidak juga orang yang berkulit hitam atas yang berkulit merah dan orang yang berkulit merah atas orang yang berkulit hitam melainkan mereka yang bertakwa.”

(Sabda Rasullallah S.A.W)

Akan tetapi, atas dasar politik, konsep Ketuanan Melayu harus diperjuangkan demi masa depan bangsa Melayu itu sendiri. Setelah Singapura ditakluk oleh mereka yang berbangsa Cina, dan ekonomi dunia hampir seluruhnya dikuasai oleh mereka berbangsa Cina, serta mereka yang kaya di serata dunia, baik di Malaysia, Indonesia dan sebagainya merupakan orang Cina, tak mungkin perlu Malaysia melonggarkan pemerintahan dalam kerajaan untuk memberi bangsa Cina ruang dan hak yang sama dengan Melayu. Lama kelamaan, kuasa dan hak orang Melayu di Malaysia akan terlepas pada mereka dan akhirnya jadilah seperti Singapura.

 

Jajahan Pendatang Mengukuh Daya Saing Di Kalangan Orang Melayu

Singapura dan juga Semenanjung Tanah Melayu telah mengalami episod-episod jajahan yang sama. Bemula dengan jajahan barat seperti British, Belanda dan sebagainya, hingga kepada jajahan Jepun (peperangan kedua) dan akhir sekali pemberian kuasa secara tidak lansung kepada bangsa Cina (Hahn, Emily 1946).

Hal ini merujuk kepada pemerintahan Singapura yang dikepalai oleh mereka yang bukan berbangsa Melayu. Jika dipantau sejarah Singapura serta presiden-presiden yang penah menaung Singapura, dapat dilihat yang presiden yang berbangsa Melayu (iaitu Encik Yusoff Ishak) hanyalah satu orang dan presiden-presiden berikutnya merupakan mereka yang berbangsa asing seperti Cina dan India. Hal ini dapat dilihat pada golongan dalam kumpulan yang memerintah. Sebelum tahun1970-an terdapat ramai menteri-menteri Melayu yang memegang jawatan penting dalam pemerintah. Dan selepas itu, kelihatan perubahan yang ketara sekali, di mana pengganti-pengganti mereka merupakan mereka yang berbangsa Cina dan India. Lebih banyak menteri Cina sekarang ini berbanding dahulu.

Mungkin pemerintah pada sebelum 70-an memerlukan menteri-menteri Melayu untuk menambat hati penduduk Melayu dan setelah mereka berjaya untuk memikat orang-orang Melayu, mulalah perubahan yang ketara dan harimau menunjuk belang. Sedangkan kerusi sebagai Perdana Menteri tidak pernah beralih kepada orang Melayu. Selama ini hanya tiga orang sahaja yang memegang jawatan Perdana Menteri, Encik Lee Kuan Yew (terlama sekali, dan kini sebagai Menteri Pembimbing), Encik Goh Chok Tong (memegang jawatan ini sementara, mungkin untuk menantikan penabalan anaknya Encik Lee Kuan Yew) dan akhir sekali Encik Lee Hsien Loong (merupakan anak kepada Encik Lee Kuan Yew), yang sekali gus semacam memberi tanda yang Singapura merupakan sebuah bisnes yang besar sekali yang dimiliki oleh keluarga Lee.

Melalui penjajahan ini, Melayu Singapura kian suram dan kuasa serta hak Melayu harus di kongsi bersama bangsa-bangsa yang lain. Adakah ia kesilapan orang Melayu sendiri atau oleh kerana termakan tipu daya orang Cina yang lebih bijak bermain lidah?

Walau apapun jawapannya, jajahan pendatang seperti Cina dan India telah banyak merubahkan ekonomi Singapura. Setelah PAP menerajui pemerintahan Singapura selepas berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Singapura melihat perubahan yang ketara dalam segi ekonomi, kehidupan, pendidikan dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan Malaysia yang merupakan negara yang lebih matang, Singapura dengan sejarahnya hanya 45 tahun telah berjaya mengharumkan nama di arena dunia serta menghasilkan penduduk dan pelajar yang bijak dan tersohor.

Akan tetapi, seperti kata pepatah Inggeris yang terkenal oleh Friedrich Durrenmatt, “Revolutions demand enormous sacrifices and, at the same time, create a new need to change the world again.” (BrainyQuotes.com), dan ini nyata dalam hal kejayaan Singapura. Untuk berjaya, setiap rakyat perlu berkorban. Kadang-kadang, pengorbanan ini melewati hak dan maruah. Walau hak dan maruah orang Melayu Singapura telah ‘tergadai’, kebaikan yang diraih dapat dilihat dengan lebih ramai anak Melayu Islam yang berjaya dan sampai ke menara gading. Orang Melayu juga berjaya di arena antarabangsa seperti Ashley Hisham yang merupakan pereka fesyen yang terkenal dan diminati di Amerika Syarikat. Selain itu, Hafiz Tan merupakan anak Melayu tempatan yang telah menempah nama dalam bidang perlumbaan kereta F1, serta Dr Mansoor Abdul Jalil anak Singapura pertama berjaya meraih ijazah kepujian kelas pertama dalam bidang Fizik dari Universiti Cambridge. Encik Shafie Shamsuddin pengurus syarikat Carrefour antarabangsa.

Walau dapat dilihat perubahan yang positif dari segi ekonomi, pendidikan dan sebagainya, dalam ‘pengorbanan’ ini, rakyat Melayu Singapura kian hilang kuasa, martabat dan maurah mereka.

 

Pendatang Jadi Peragut Hak-Hak Orang Melayu

Mereka yang dilihat sebagai pendatang dan yang telah menerajui Singapura selama 45 tahun, kini semakin aktif dalam meragut hak-hak orang Melayu. Yang ditinggalkan hanya cebisan sejarah yang sama sekali tidak dapat mengukuhkan pertalian Singapura dengan Malaysia serta persaudaraannya dengan Indonesia dan lain-lain lagi kawasan Melayu.

Perlahan-lahan, pemerintah melenyapkan kemelayuan di Singapura. Bermulanya dengan nama-nama institusi atau sekolah-sekolah Melayu atau bernama Melayu, seperti Sekolah Tun Sri Lanang, Sekolah Sang Nila Utama, Sekolah Melayu Kota Raja, Sekolah Rendah Bukit Batok dan sebagainya. Nama-nama jalan pun dikikis dan diganti seperti Jalan Benaan Kapal (Wikipedia.com). Sedangkan kawasan Kampung Melayu, yang telah diagihkan oleh British pada tahun 1822 dalam pelan negara, Jackson Plan (US Library of Congress), pun telah dirobohkan dan dipecahkan. Di situ terlihatlah kemasukan kelab-kelab serta pab-pab yang tidak sekalipun menunjukan kemelayuannya. Malah pelacuran ditempatkan dan berleluasa di situ.

Rakyat Melayu yang semakin lupa akan sejarah mereka hanya tahu mengangguk-angguk dengan keputusan pemerintah. Langsung tidak sama sekali mengaju kehadapan untuk mencela keputusan seperti ini.

Jika dilihat, banyak kawasan, institusi, sekolah, pusat membeli-belah dan selanjutnya telah disertakan dengan nama-nama Cina. Sekitar tahun 70-an hingga ke awal 90-an, nama-nama sekolah dikenakan dengan empat bahasa (Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil). Kini, hanya kelihatan nama sekolah yang berbahasa Inggeris dan Mandarin. Lebih banyak lagi sekolah baru yang dinamakan dengan nama-nama Cina seperrti Sekolah Rendah Gongshang, Sekolah Menengah Zhenghua, Sekolah Menengah Ngee Ann, Sekolah Menengah Ping Yi, Politeknik Nanyang dan sebagainya. Malah nama bangunan juga dinamakan kepada tokoh-tokoh Cina seperti hospital terbaharu di Yishun, Hospital Khoo Teck Puat (Straits Times); sebuah bangunan di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) iaitu Sekolah Perubatan Yong Loo Lin (lelaman NUS.edu.sg). Sedangkan bangunan yang dibaik pulih dan dijaga merupakan bangunan yang membawa nama Cina seperti Bangunan Oei Tiong Ham, Perpustakaan Undang-undang CJ Koh dan bangunan Keng Teck Whay di NUS, Kampus Bukit Timah.

“Six buildings in the campus of the Former Raffles College, now known as the NUS Bukit Timah Campus and home to the Law Faculty, the Lee Kuan Yew School of Public Policy and five Research Institutes, will be preserved as National Monuments. This was announced by the National Heritage Board (NHB) on 11 November 2009… The Former Raffles College, together with five other buildings in Singapore, namely Keng Teck Whay, Former Command House, Church of St Teresa, Former St James Power Station and Bowyer Bloack at the Singapore General Hospital, will bring the current number of the country’s National Monuments to 61… The buildings at the NUS Bukit Timah Campus to be preserved are Oei Tiong Ham Building, CJ Koh Law Library, Manasseh Meyer Building, Federal Building, Eu Tong Sen Building and Li Ka Shing Building, together with the Upper and Lower Quadrangle which serves as green space between the buildings. Over the years, these buildings have witnessed the chronicle of the development of the campus, from being the first institution of higher learning in Malaya back in 1929 to becoming the present day NUS Bukit Timah Campus…”

(Newshub – NUS’ News Portal)

Ya! Kita harus akur yang bangsa Cina merupakan bangsa yang termaju di Singapura, malah diserata dunia. Bukan sahaja maju, malah antara yang terkaya juga. Namun begitu, ia tidak bererti mereka berhak untuk melakar nama mereka di Singapura yang mana dikenali dalam sejarah sebagai sebuah negara MELAYU. Sikap ini telah memperlihatkan kebiadaban mereka terhadap warga peribumi dan kawasan Nusantara. Lupakah mereka akan diri mereka adalah bersalasilah daripada pendatang? Atau apa yang mereka lakukan sekarang ini merupakan didikan leluhur mereka yang sejak dahulu lagi telah dikenal dengan sikap dan kelakuan yang bijak memujuk dan menipu?

 

Pemeragutan Atau Penaklukan

Mungkinkah melalui proses ini, bangsa asing yang sedia bermaharajalela di Singapura cuba menakluk negara ini dan menjadikannya sebagai sebuah negara yang sinonim dengan negara ibunda mereka yang berkonsepkan komunis?

Walau apa yang dikatakan, nyata di sini yang perubahan pada artifak serta identiti muka warga Singapura, termasuk masyarakat Melayu sedang berlaku. Kalau tidak dibendung, mungkin dalam jangka masa yang mendatang, warga Melayu akan kecinaan. Mereka akan akur serta menerima budaya Cina sebagai budaya sendiri.

Mungkin pada mulanya, hak-hak Melayu diragut dan digadai. Akan tetapi, dapat dilihat akan terjadinya penaklukan yang semakin hangat. Lantas, masa depan bagi orang Melayu kian pudar dan penerimaan pada budaya dan adat akan mungkin memihak kepada Cina.

Perubahan seperti ini agaknya yang diingini pemerintah kita. Jika dilihat, kaum peranakan baba dan nyonya memeluk adat dan budaya Melayu dan diadukkan dengan budaya Cina hingga menjadi suatu budaya yang baru. Agaknya, dalam masa yang akan datang, Melayu Singapura akan lebih Peranakan daripada Peranakan itu sendiri.

Negara ini akan lebih menjadi kecinaan dan khazanah budaya Melayu yang telah mengaitkan Melayu dengan sejarah rantau Nusantara ini akan lenyap. Inilah yang dilihat sebagai penaklukan dan bukan pemeragutan. Singapura akan berubah arah menjadi China mini di asia tenggara.

 

Penutup

Warga asing, walaupun telah membentuk sebahagian besar daripada rakyat di Singapura semenjak sebelum zaman Raffles, kini dilihat sebagai warga yang patut ditakuti oleh masyarakat Melayu yag sekaligus sebagai peribumi Singapura. Jajahan mereka yang bermula sebagai pedagang kini telah menular menjadi kepada perampasan kuasa. Warga pendatang ini mula menyuarakan kehendak mereka sebagai sama rata dengan warga peribumi yang akhirnya menyebabkan terjatuhnya orang Melayu. Warga Cina yang sedianya terkenal dalam pasaran ekonomi merupakan golongan yang bijak dan mahir dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran. Atas dasar ini, kejatuhan Singapura kepada tangan orang Cina telah menyebabkan orang Melayu tergelincir ditengah jalan. Hampir setiap hak-hak Melayu diragut dan digadai, oleh menteri-menteri yang sepatutnya menegakkan hak-hak Melayu. Atas dasar ini juga, bumi Singapura yang dahulunya kaya dengan khazanah Melayu kian dikikis bersih dan mula disulam akan khazanah Cina. Kalau ditanya warga asing dari luar negara tentang Singapura, mereka akan menyatakan yang Singapura merupakan sebuah negara Cina dan bukan Melayu. Jadi, dalam jangka masa mendatang ini, warga Melayu akan luput dan pupus.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan:

http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Ketuanan_Melayu#_note-0 [Di layari pada 23 September 2010]

 

http//www.wikipedia.com [Dilayari pada 23 September 2010]

http://www.streetdirectory.com/ [Di layari pada 24 September 2010]

https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/sn.html [Di layari pada 24 September 2010]

http://www.brainyquote.com/quotes/keywords/sacrifices_2.html [Di layari pada 24 September 2010]

http://cyberita.asia1.com.sg/mforum/story/0,6879,169813,00.html [Di layari pada 24 September 2010]

Hahn, Emily, Raffles of Singapore, a Biography (Garden City, NY: Doubleday &Co., 1946); Ryan, N.J., A History of Malaysia and Singapore (London: Oxford University Press, 1976).

http://warandgame.com/2009/01/20/british-occupation-of-singapore/ [Di layari pada 23 September 2010]

http://countrystudies.us/singapore/4.htm [Di layari pada 23 September 2010]

http://www.straitstimes.com/BreakingNews/Singapore/Story/STIStory_462478.html [Di layari pada 24 September 2010]

http://medicine.nus.edu.sg/corporate/ [Dilayari pada 24 September 2010]

About Sirna Kalam Maya
Seorang yang keliru dan kritis dalam menerjah alam nan tiada batasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: