Humanistik Dan Resepsi Dalam Filem ‘Dead Poets Society’.

Pengenalan

Filem ‘Dead Poets Society’ arahan Peter Weir (Touchstone Pictures) yang ditayangkan pada tahun 1989, merupakan sebuah filem yang menampakkan unsur-unsur kemanusiaan, baik yang positif mahupun yang tidak. Lantas, penerapan teori Humanistik oleh Abraham Maslow adalah lebih sesuai dalam apresiasi mengenai filem ini. 

Maslow mengutarakan beberapa ciri yang membentuk teori ini. Ciri-ciri ini dikatanya menepati keperluan dan kehendak seseorang manusia itu. Antaranya ialah Sempurna kendiri, Penghargaan kendiri, Keperluan kasih sayang, Keperluan Keselamatan dan Keperluan Fisiologi (Janet A. Simons, Donald B. Irwin and Beverly A. Drinnien, 1987)
Menurut Maslow, keperluan-keperluan tersebut digolongkan sebagai keperluan asas. Selain daripada keperluan asas, beliau juga menyatakan tentang keperluan perkembangan, yang mana dapat diraih setelah kesemua keperluan asas dapat dicapai (Simons, et-al, 1987).

Melalui teori humanistik, dapat juga ia dikaitkan dan dinilaikan dari perspektif resepsi, berdasarkan pemahaman melalui sastera dan juga aspek sosio-budaya.

 

Sinopsis

Tujuh pelajar lelaki, Neil Perry, Todd Anderson, Knox Overstreet, Charlie Dalton, Richard Cameron, Steven Meeks dan Gerard Pitts merupakan pelajar baru di Akademi Welton. Akademi ini adalah sebuah sekolah lelaki yang berasrama yang menganut prinsip: Tradisi, Kehormatan, Disiplin, dan Prestasi.

Pada awal cerita ini, seorang guru pengganti bahasa Inggris, John Keating, ingin memulakan kelasnya dengan mata pelajaran sastera. Seorang siswa memulakan kelas sastera itu dengan membaca pengantar buku tentang puisi. Bahagian pengantar buku itu menyebutkan bagaimana hendak mengukur kualiti sebuah puisi, genre puis-puisi yang dapat diukur dan bagaimana puisi tersebut dipertimbangkan. Proses-proses ini sudah umum dalam sastera klasik pada zaman itu. Keating, sebaliknya menyuruh murid-muridnya untuk mengoyakkan keseluruh halaman pengantara puisi di buku tersebut.

Seluruh film ini adalah proses penyadaran, yang mana para murid (dan juga penonton) dapat melihat bahawa lembaga pemerintahan (seperti sekolah) dapat dan selalu berupaya menjadi pengarah. Malangnya, proses penyedaran hanya terdapat dalam diri kita sendiri dan hanyalah kita yang dapat mengetahui siapa diri kita sebenarnya.

Pemikiran bebas seperti ini yang telah menjadi sebuah masalah apabila Neil, seorang murid, berkeputusan untuk mendalami pembelajaran drama daripada kedoktoran seperti yang disarankan oleh kedua-dua orang tuanya. Setelah selesai menampilkan sebuah pementasan drama di sekolah, Neil akhirnya bunuh diri di ruang kerja ayahnya. Ini adalah kerana rasa tertekan akan desakkan oleh ibu bapanya, yang tidak senang dengan pemilihan anaknya itu. 

Cerita ini berakhir dengan Keating digugurkan daripada mengajar akademi itu, setelah Richard membohongi Nolan dengan mengatakan bahawa Keating telah mendesak pelajar-pelajarnya untuk menghidupkan kembali ‘The Dead Poets Society’ di akademi itu. Apabila Keating kembali ke kelasnya untuk mengambil barang-barangnya, beliau diberi penghormatan terakhir oleh pelajar-pelajarnya dengan gelaran yang persis puisi kegemarannya, ‘Oh Capten! My Captain!’

 

Teori Humanistik

Istilah humanistic psychology atau psikologi humanistik diberi oleh Abraham Maslow. Ia menggambarkan penekanan yang diberi ke atas potensi kreativiti dalaman manusia yang dapat membantu mereka menyedari matlamat yang paling tinggi dalam hidup mereka.

Perkembangan ini telah diberi pelbagai label seperti kehadiran diri (self-actualization), kesedaran diri (selfhood atau self realization) di mana ia bermaksud ke arah kesempurnaan kendiri. Perspektif humanisme menekankan keunikan individu dan percaya bahawa manusia bebas membuat pilihan sendiri. Manusia dilihat sebagai mempunyai keinginan untuk berusaha secara semula jadi untuk ke arah kebahagiaan dan kreativiti.

“… Of or pertaining to a philosophy asserting human dignity and man’s capacity for fulfilment through reason and scientific method and often rejecting religion…”  (Artherton, 2010)

Konsep Dan Prinsip Humanistik

Maslow menekankan aspek kemanusiaan mempunyai naluri semula jadi yang baik dan mempunyai keinginan untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Di bawah dilihatkan gambar rajah yang menunjukkan tentang heirarki keperluan Maslow.

 

Heirarki Keperluan Maslow (Maslow’s Heirarchy of Needs)

Hierarki Keperluan Maslow menerangkan peringkat-peringkat keperluan seseorang itu yang bermula daripada keperluan fisiologi yang terdapat di bawah sekali. Ia menyatakan bahawa manusia memerlukan keperluan asas seperti udara untuk bernafas, makan, minum, tidur, seks, homeostasis (pengekalan ciri-ciri fizikal dan kimia tubuh dlm keadaan yg seimbang tanpa dipengaruhi oleh perubahan sekitaran – DBP, 2005) dan pengumuhan.

Setelah memenuhi tahap pertama, manusia akan memerlukan keselamatan, yang mana dapat dilihat pada tahap kedua dalam heirarki Maslow. Ini termasuk keselamatan zahir, mengenai pekerjaan, moral, sumber, kekeluargaan, kesihatan dan juga mengenai harta.

Tahap ketiga membentuk ikatan pada para umat, iaitu keperluan kasih sayang, seperti persahabat, keluarga dan hubungan intim.

Penghargaan diri terletak pada tahap keempat dalam rajah tersebut. Ia mengatakan bahawa manusia memerlukan keyakinan diri, penghargaan, kejayaan, penghormatan baik pada diri atau dari orang lain.

Akhir sekali, setelah kesemua tahap itu diraih, datang pula tahap yang terletak di puncak piramid keperluan Maslow iaitu kesempurnaan kendiri. Ia termasuk moraliti, kreativiti, penyelesaian masalah, menerima kenyataan dan sebagainya. 

Kendati begitu, kelima-lima peringat ini hanyalah tergolong dalam keperluan asas sahaja. Ini adalah kerana menurut Maslow, manusia mempunyai 2 keperluan iaitu keperluan asas dan keperluan perkembangan (Artherton, 2010).
Apabila keperluan asas telah dipenuhi, keperluan kepada sempurna kendiri dan perkembangan akan ketara. Manusia akan mencari matlamat hidup dan berusaha ke arah sempurna kendiri dalam potensi diri yang ada dalam diri mereka

Di sini memperlihatkan ciri-ciri Keperluan Maslow mengikut tahap-tahap dan penerangannya:

  1. Keperluan yang paling asas dalam hierarki perlu dipenuhi dahulu.
  2. Keperluan yang lebih tinggi akan muncul kemudian semasa manusia melalui proses perkembangan. Keperluan fisiologi dan keselamatan muncul semasa seseorang itu masih bayi, keperluan kasih sayang dan rasa harga diri muncul semasa remaja dan keperluan untuk sempurna diri muncul semasa pertengahan umur.
  3. Kegagalan untuk memenuhi keperluan yang lebih tinggi tidak membawa kepada krisis. Oleh sebab itu, keperluan yang paling rendah dinamakan keperluan asas.
  4. Keperluan yang lebih tinggi menyumbang kepada perkembangan diri.

Setiap peringkat keperluan tidak perlu dipenuhi sepenuhnya dengan sempurna sebelum keperluan seterusnya menjadi penting.

Ciri-ciri kesempurnaan kendiri pula diperlihatkan dibawah ini:

  1. Persepsi yang efisien terhadap realiti
  2. Penerimaan diri mereka, orang lain dan alam sekeliling.
  3. Spontan, mudah dan natural.
  4. Komitmen.
  5. Keperluan untuk bersendirian.
  6. Puncak pengalaman
  7. Minat social
  8. Hubungan interpersonal
  9. Demokratik
  10. Kreatif

Lantas, secara keseluruhan, teori humanistik memperlihatkan empat kepercayaan kemanusiaan dan sifatnya iaitu:

Aspek yang paling penting dalam kehidupan seseorang ialah kejadian masa kini. Lalu para pengkaji kemanusiaan lebih fokus pada isu semasa, daripada melihat atau mengenangkan kisah lampau atau mencuba untuk menilik masa depan.

Teori ini didasarkan keadaan realiti. Untuk menjadi seseorang yang mempunyai psikologi yang sihat, seseorang itu perlu lebih bertanggungjawab atas diri mereka, kendatipun kelakuan seseorang itu adalah baik atau tidak.

Setiap individu, walaupun hanya seorang manusia, mempunyai nilai hakiki yang tersendiri. Kelakuan seseorang itu tidak semestinya baik, tetapi itu bukan menandakan atau melabelkan seseorang itu sebagai seseorang yang mempunyai nilai negatif.

Setiap individu perlu mencapai tumbesaran tersendiri dan pemahaman dalam meraih pencapaian dalam kehidupan. Hanya melalui perubahan diri sendiri dan daya pengetahuan diri, seseorang itu mampu merasakan kegembiraan.

“… basic ideas behind humanistic psychology are simple, some may say overly simple. Humanists hold the following beliefs:

The present is the most important aspect of the person and therefore humanists focus on the here and now rather than looking at the past or trying to predict the future.

Humanistic theory is reality based and to be psychologically healthy people must take responsibility for themselves, whether the person’s actions are positive or negative.

The individual, merely by being human, posses an inherent worth. Actions may not be positive but this does not negate the value of the person.

The goal of life should always be to achieve personal growth and understanding. Only through self-improvement and self-knowledge can one truly be happy.”

 

 

 

Penerapan Teori Humanistik Dalam FilemMelalui filem ini, ia memperlihatkan unsur-unsur kemanusiaan dan juga unsur-unsur yang melewati batas kemanusiaan. Terlihat juga ciri-ciri kesempurnaan diri yang dilakonkan oleh watak-watak dalam filem ini. Antara watak-watak yang banyak mewujudkan ciri-ciri humanistik, baik secara positif ataupun negatif ialah watak Neil Perry dan John Keating

1) Keperluan Fisiologi,

Secara am, setiap watak dalam filem ini telah menepati keperluan fisiologi tersendiri. Ini adalah kerana tanpa memenuhi keperluan dasar ini, tidak mungkin watak itu (yang menyerupai masyarakat umum) hidup dan bergerak seharian.

2) Keperluan Keselamatan,

Sememangnya setiap umat manusia memerlukan keselamatan baik dari segi zahir, batin, kekeluargaan, harta, pekerjaan, moral dan sebagainya. Mungkin antara watak yang tidak dapat memenuhi aspek keselamata ialah watak Neil Perry dan Charlie Dalton. Mereka seolah-olah terancap oleh desakkan keadaan dan paksaan keluarga dalam pemilihan masa depan mereka. Ibu bapa mereka tidak memberi ruang dan peluang bagi mereka untuk memilih jalan kehidupan yang mereka ingini, dalam hal ini, menerokai sastera dan seni.

Hal ini juga dapat dilihat pada kehidupan para pelajar di akademi tersebut, yang mana setiap murid diharuskan mentaati undang-undang sekolah yang begitu terkongkong dengan cara bimbingan yang dianggap ‘kuku besi’.

3) Keperluan Kasih Sayang,

Watak Knox Overstreet berjaya menjuangkan aspek kasih sayang apabila dia cuba untuk memikat gadis yang dia suka. Dia menunjukkan aspek romantiknya pada gadis itu dengan mendeklamasikan sekuntum sajak karangannya sendiri. Ini juga menunjukkan bahawa watak Knox yang persis dengan pembangunan seseorang anak remaja dalam alam percintaan.

Selain itu, filem ini juga menonjolkan isu persahabatan diantara pelajar-pelajar yang menghidupkan kembali ‘Dead Poets Society’ secara rahsia. Konflik berlaku apabila watak Richard Cameron membeloti teman-temannya serta kesanggupannya menuduh gurunya, Keating sehinggakan gurunya dibubar dari mengajar di akademi itu. Konflik kepercayaan dan persahabatan mula timbul.

4) Penghargaan Kendiri,

Watak John Keating, selaku guru Bahasa Inggeris itu telah berjaya membangkitkan kesedaran dan minat dalam diri pelajar terhadap pembelajaran sastera dan bahasa. Beliau menggunakan teknik pembelajaran yang lebih terbuka dan baru serta bebas tika mendidik murid-muridnya. Sehinggakan minat terhadap pembelajaran sastera dan bahasa bangkit di dalam diri pelajar-pelajarnya. 

Salah seorang watak pelajar berjaya berpuisi dibawah bimbingan Keating, walaupun beliau merasakan dirinya tidak berpotensi dalam bidang kesusasteraan. Perlahan-lahan, watak ini semakin aktif dalam bidang sastera dan menjadi salah seorang ahli dalam kumpulan ‘Dead Poets Society’.

5) Sempurna Kendiri

Watak Richard Cameron juga menunjukkan sifat kesedaran dan moral apabila beliau memilih untuk memihak kepada undang-undang akademi atas dasar ketaatan dan janji yang telah beliau patrikan dalam dirinya.

Neil Perry juga berjaya dalam isu kreativiti, penyelesaian masalah dan sebagainya apabila beliau berjaya mementaskan sebuah drama tersendiri. Namun begitu, keadaan menjadi negatif apabila beliau membunuh diri setelah didesak, diugut dan dipaksa oleh bapanya untuk menghantarnya ke sekolah tentera. Babak ini memperlihatkan bagaimana ekstrimisme pemikiran seseorang yang berkuasa mampu menolak seseorang itu ke sebuah sudut yang tiada jalan keluar. Akhirnya, cara termudah untuk loloskan dirinya ialah melalui kematian.

 

Penerapan Teori Resepsi Dalam Filem

Teori yang tersedia ada sebelum perang kedua ini ialah untuk mempelajari ‘penerimaan terhadap karya-karya Dostovyeski di Jerman pada tahun 1880 – 1920’, untuk memperlihatkan penelitian masyarakat Jerman pada waktu itu yang bersangkutan dengan peperangan kedua.

“Resepsi sastra dimaksudkan bagaimana ‘pembaca’ memberikan makna terhadap karya sastera yang dibacanya, sehingga dapat memberikan reaksi atau tanggapan terhadapnya. Tanggapan itu mungkin bersifat pasif iaitu, bagaimana seorang pembaca dapat memahami karya itu, atau dapat melihat hakikat estetika, yang ada di dalamnya. Atau mungkin juga bersifat aktif iaitu bagaimana ia merealisasikannya. Karena itu, pengertian resepsi sastera mempunyai lapangan yang luas, dengan berbagai kemungkinan penggunaan. Dengan resepsi sastra terjadi suatu perubahan (besar) dalam penelitian sastera, yang berbeda dari kecenderungan yang biasa selama ini. Selama ini tekanan diberikan kepada teks, dan untuk kepentingan teks ini, biasanya untuk pemahaman ‘seorang peneliti’ mungkin sahaja pergi kepada penulis (teks).” 

Hans Robert Jauss dan Wolfgang Iser telah mengembangkan teori resepsi. Dalam mengembangkan teori ini, Jauss telah menumpukan perhatiannya kepada aktiviti pembaca. Hal ini bergantung pada penerimaan pembaca terhadap karya tersebut. Lantas, teori ini dibahagikan kepada dua sudut pandangan atau horison, iaitu horison penerimaan sastera dan horison sosiobudaya.

Horison penerimaan sastera merujuk kepada pengetahuan yang telah terbentuk dalam diri pembaca itu sendiri tentang aspek-aspek sastera, antaranya genre, bentuk, stail dan sebagainya. Ini selalunya dikaitkan dengan pengalaman pembaca di dalam membaca karya-karya sastera. Pengalaman ini akan membentuk harapan atau arah pembaca di dalam melakukan pembacaan terhadap pembacaan yang akan datang.

Horison sosiobudaya pulawujud dalam diri pembaca akibat dibentuk oleh berbagai keadaan yang berlaku di dalam budaya yang dihidupinya. Antaranya pendidikan, ideologi, ketegangan sosial, konflik moral, konflik nilai dan sebagainya. Keadaan-keadaan ini semuanya akan menentu harapan kepada pembaca terhadap karya sastera yang dibacanya.

Lantas, di dalam diri pembaca akan tersedia prasangka mengenai karya yang akan atau dibacanya. Hal ini berdasarkan kedua-dua horison penerimaan sastera dan horison sosiobudaya.

 

Penilaian Aspek Penerimaan Sastera

Secara umum, filem adalah sebahagian daripada drama. Ia adalah drama yang lebih luas dan lebih realistik. Lantas, dalam menilaikannya dari aspek penerimaan sastera, ia menepati ciri-ciri pembinaan sesebuah cerita itu.

Terdapat aspek klimaks, suspens, konflik, penyelesaian, kontaversi, mesej dan sebagainya dalam filem ini. Selain itu, filem ini juga berkisar pada subjek bahasa dan sastera, yang mana lebih dekat dan intim dengan isu penerimaan sastera.

 

Penilaian Aspek Sosio-Budaya

Terdapat persamaan dan kelainan yang dilihat melalui filem ini dalam aspek kehidupan seharian. Persamaan berlaku dalam kehidupan individu-individu di alam nyata, apabila institusi mengenakan sistem pendidikan yang tersekat dan terkongkong dengan hanya buku dan kertas. Watak Keating mewakili sesetengah pendidik-pendidik yang berkobar-kobar untuk menjadi pendidik yang baik dan efektif dalam penyampaian satu-satu mata pelajaran dengan melawan sistem pendidikan ini.

Selain itu, watak-watak pelajar menunjukkan dan mewakili lapisan masyarakat atau pelajar yang berbagai dan berbeza. Ada dikalangan pelajar yang tidak sedar akan potensi mereka. Hal ini mula menyinar setelah terdapat seseorang yang sabar dan tegar untuk menunjukkan potensi sebenar pelajar itu.

Ada juga watak-watak antagonis yang boleh dilihat di dunia nyata ini. Ini adalah kerana, secara umum, tidak ada manusia yang sebaik-baik dari segi perwatakan. Ada juga kelihata watak-watak dinamis yang berubah-ubah mengikut desakan angin, kerana hasarat sebenar mereka agar tidak menyusahkan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dikalangan masyarakat umum.

Penutup

Begitu juga kalau dilihat keadaan dan kehidupan seharian. Manusia sering bergelut dengan keadaan untuk tegar melalui kehidupan.

Humanistik dapat dilihat dan dipraktikan setiap hari oleh sesiapa sahaja, kerana sifat-sifat humanistik adalah persis sifat-sifat kemanusiaan dan kehidupan. Istilah ini datang dari kata dasar ‘human’ atau manusia yang sebenarnya menunjukkan cara kehidupan dan keperluan seseorang manusia itu.

Filem ‘Dead Poets Society’ adalah antara lambang bagi golongan pelajar yang terkepam dalam kehidupan yang serba terkongkong. Segalanya telah ditentukan, baik oleh ibu bapa, mahupun oleh pihak akademi.

 

Rujukan

ATHERTON J S (2010) Learning and Teaching; Humanistic approaches to learning [On-line] UK: Available: http://www.learningandteaching.info/learning/humanist.htm Accessed: 10 January 2011

Janet A. Simons, Donald B. Irwin and Beverly A. Drinnien (1987) Psychology – The Search for Understanding. [On-line] West Publishing Company, New York: Available: http://honolulu.hawaii.edu/intranet/committees/FacDevCom/guidebk/teachtip/maslow.htm

Access: 10 January 2011

DBP (2005) Kamus: Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ke-empat. Kuala Lumpur. Dari lelaman Http://www.prpm.dbp.gov.my Dilayari pada 10 Januari 2011

Weir, Peter (Director), Haft, Steven; Witt, Paul Junger; Thomas, Tony (Producers), (1989) Dead Poets Society, Touchstone Pictures, USA. [On-line]

Heffner, Christopher L. (21 August 2002) Personality Sypnosis, Humanistic Theory, [On-line] AllPsych Online, The Virtual Psychology Classroom. Available: http://allpsych.com/personalitysynopsis/maslow.html Access: 10 January 2011

 

Bacaan

Lelaman: http://wiki.answers.com/Q/What_is_humanistic_theory Dilayari pada 10 Januari 2011

Lelaman: http://hubpages.com/hub/Humanistic-Theory-Hierarchy-Of-Needs Dilayari pada 10 Januari 2011

Lelaman: http://en.wikipedia.org/wiki/Dead_Poets_Society Dilayari pada 10 Januari 2011

Buku: Sosiologi Sastera: Teori & Aplikasi

Lelaman: http://munarislampung.wordpress.com/ Dilayari pada 10 Januari 2011

(Umar Joous, 1985: 1).(Heffner, 2002)

 

 

 

 

http://hubpages.com/hub/Humanistic-Theory-Hierarchy-Of-Needs

About Sirna Kalam Maya
Seorang yang keliru dan kritis dalam menerjah alam nan tiada batasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: