Antara Utopia Dengan Dystopia. Rakyat Singapura Semakin Hilang Rasa Kekitaan.

Pengenalan 

Singapura secara rasmi telah mendapat kemerdekaannya pada 9 Ogos 1965. Secara politiknya pula, pemerintahan di Singapura dikuasai oleh Partai Tindakan Rakyat (People’s Action Party). Falsafah pemerintahan Partai Tindakan Rakyat di Singapura semoleknya boleh dikatakan menggunakan pendekatan pemerintahan secara Sosiolis Demokrasi, seperti yang diutarakan di lelaman Guide Me Singapore.

 

“… its politics has been dominated by the People’s Action Party (PAP). During the 2006 election the PAP won 82 out of 84 seats in the nation’s Parliament. Despite the PAP’s dealings with communists in the early days, its governing philosophy for the last several decades can best be described as Socialist Democracy…”

(Lelaman guidemesingapore.com, 7 Januari 2010) 

Di bawah pemerintahan Partai Tindakan Rakyat (PAP), Singapura mempunyai budaya politik yang berbentuk pragmatik, rasional, autoritarian dan bersifat keundangan. Singapura yang mempraktikkan meritokrasi juga, mempunyai struktur kuasa pemerintahan yang lebih sentral.

 

“… Singapore… possesses a distinct political culture: authoritarian, pragmatic, rational and legalistic. Singapore’s power structure is highly centralized, characterized by a top-down style. It features appointment rather than election to most offices. Economic growth and political stability were maintained by the paternal guidance of the PAP. Thus, Singapore is not administered by politicians, but by bureaucrats, in a meritocracy where power is gained through skill, performance, and loyalty to the nation and its policies…”

(Lelaman guidemesingapore.com, 7 Januari 2010) 

Singapura menggunakan sistem demokrasi parlimen Westminster. Sistem ini memperlihatkan agar ahli-ahli parlimen yang bakal memerintah Singapura diundi oleh rakyat. Ketua pada partai politik yang banyak memenangi kerusi dalam parlimen akan dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau diberi kuasa untuk memilih ahli politik yang telah memenangi undian untuk memegang jawatan sebagai menteri dan sekaligus membentuk Kabinet di parlimen.

 

Fungsi parlimen hanyalah tiga, iaitu membentuk undang-undang, mengawal dan mengawas kewangan negara, dan melakukan pemeriksaan kritikal atau penyiasatan atas tindakan partai yang memerintah dan juga kementerian. 

“Together with the President of Singapore, the Parliament is known as the Legislature. The Parliament has a single house and is modeled after the Westminster system of parliamentary democracy. The Westminster system has Members of Parliament who are voted in at General Elections. The leader of the political party that secures the most seats in Parliament becomes the Prime Minister (PM). The PM will choose his Ministers from elected MPs to form the Cabinet. The ‘life’ of each Parliament is 5 years from the date of its first sitting after a General Election. The General Elections are held within 3 months of the dissolution of the Parliament. The Parliament has three major functions: making laws, controlling the state’s finances and performing the critical/inquisitorial role to check on the actions of the governing party and the Ministries.”

(Lelaman guidemesingapore.com, 7 Januari 2010)

 

Melalui pemerintahan yang lebih bersifat sosiolis demokrasi ini, mungkin kita bertanggapan bahawa segalanya di Singapura; baik dari segi ekonomi, kepuasan, pemerintahan dan sebagainya, adalah yang terhebat serta terbuka. Unsur utopia kelihatan amat ketara sekali, terutamanya segala yang diusulkan oleh pihak pemerintah. Malah, iklan-iklan, saluran berita serta akhbar-akhbar tempatan terlalu pro-pemerintah sehinggakan kecelaan yang berlaku dalam negara sering dikaburkan dan tidak dibesar-besarkan. 

Disebalik apa yang dikatakan dan dilihatkan sebagai sebuah pemerintahan yang idealistik, terdapat ruang-ruang yang menonjolkan unsur dystopia. Unsur dystopia ini agak amat ketara sehinggakan ia dianggap tabu untuk mempersoalkan hujah-hujah, saranan-saranan, dan tindakan-tindakan pemerintah secara terbuka. Ini dapat dilihat melalui kaca mata rakyat biasa yang amat prihatin terhadap gerak-geri pemerintah.

 

Lantas, adakah benar rakyat di Singapura ini mengalami kehidupan yang berbentuk utopia ataupun mereka dibelenggui dystopia secara senyap? Ini semua akan diterangkan dalam hujah-hujah selanjutnya.

  

Konsep Utopia Di Singapura

 

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) ‘Utopia’ ialah sebuah masyarakat (sistem pemerintahan, negara, keadaan, dll) yg ideal atau terlalu sempurna (iaitu merupakan sesuatu yg tidak mungkin dapat diwujudkan). Manakala kamus Merriam-Webster menyatakan ia adalah “a place of ideal perfection especially in laws, government, and social conditions”. Memperlihatkan definisi-definisi yang diberi oleh kedua-dua kamus, ia menekankan bahawa konsep utopia menunjukkan keadaan yang ideal dalam sesebuah negara atau masyarakat, terutama sekali pada tunggak undang-undang, pemerintahan dan keadaan sosial. 

Istilah ‘utopia’ diraih daripada sebuah buku atau novel yang bertajuk ‘Utopia’ yang ditulis oleh Sir Thomas More (1478-1535) pada tahun 1516. Buku ini menceritakan tentang keadaan di sebuah pulau rekaannya sendiri yang menunjukkan sebuah masyarakat yang sempurna (Free online encyclopedia, dilayari pada 7 Januari 2011)

 

Oleh kerana kisah yang ditampilkan dalam bukunya itu telah dapat memberi kesan yang hebat, lantas perkataan ‘utopia’ itu telah diterima pakai sebagai istilah rasmi dalam bahasa Inggeris. Istilah ini membawa pengertian yang sejajar dengan penerangan mengenai pemerintahan dan masyarakat di pulau ‘Utopia’. 

“… title of a book by Sir Thomas More, Sir Thomas (Saint Thomas More), 1478–1535, English statesman and author of Utopia, celebrated as a martyr in the Roman Catholic Church. He received a Latin education in the household of Cardinal Morton and at Oxford. The book was published in Latin in 1516. The work pictures an ideal state where all is ordered for the best for humanity as a whole and where the evils of society, such as poverty and misery, have been eliminated. The popularity of the book has given the generic name Utopia to all concepts of ideal states. The description of a utopia enables an author not only to set down criticisms of evils in the contemporary social scene but also to outline vast and revolutionary reforms without the necessity of describing how they will be effected. Thus, the influence of utopian writings has generally been inspirational rather than practical…”

(Free online encyclopedia, dilayari pada 7 Januari 2011)

 

Lantas, sehingga kini istilah ‘utopia’ telah digunakan untuk menunjukkan negara-negara serta masyarakat-masyarakat yang dianggap ideal.

  

Pemerintah Dan Utopia

Pemerintah Singapura juga telah berdaya upaya untuk membentukkan sebuah sistem pemerintahan yang dapat memuaskan pelbagai aspek kehidupan; baik dari segi undang-undang, perumahan, ekonomi dan sebagainya.

 

Jika dilihat dan dibandingkan keadaan di Singapura dengan negara-negara lain, pastinya Singapura telah berjaya mengharumkan namanya di arena dunia sebagai sebuah negara yang maju, berupaya, mempunyai tahap ekonomi yang mantap dan mempunyai taraf keselamatan serta kesihatan yang baik sekali.

 

Di sini, kelihatan pernyataan dari Jabatan Statistik Singapura (Singapore Statistic Board) yang menyatakan bahawa secara purata, ekonomi Singapura telah meningkat sebanyak 10.6 peratus setiap tahun.

“Preliminary estimates show that the Singapore economy grew by 10.6 per cent on a year-on-year basis in the third quarter of 2010, moderating from the record expansion of 19.5 per cent in the second quarter. Growth momentum, as measured on a seasonally adjusted annualised quarter-on-quarter basis, fell sharply by 18.7 per cent, a reversal from the growth of 27.3 per cent in the preceding quarter.”

(Jabatan Statistik Singapura: Kementerian Industri dan Perdagangan,

3 Januari 2011) 

Berdasarkan kemantapan ekonomi Singapura, ia seolah-olah memberi pengesahan bahawa Singapura telah berjaya dalam membentuk utopia dari segi ekonomi. Lalu, tidak hairanlah jika kelihatan kemasukan warga asing dengan ramainya. Ini adalah kerana mereka ingin juga meraih kehidupan yang baik di bawah sesebuah negara yang maju dan mantap ekonominya.

 

Selain daripada ekonomi, tahap keselamatan di Singapura juga perlu diambil kira kerana ia dapat menepati definisi ‘utopia’. Singapura dikenali secara rawak sebagai sebuah negara yang selamat untuk didiami dan mempunyai kadar jenayah yang terrendah berbandingkan negara-negara lain. 

Lelaman Nationmaster.com menerangkan bahawa Singapura tidak dimasukkan ke dalam carta enam puluh buah negara yang dibelenggui jenayah. Di antara negara-negara jiran yang telah disertakan ke dalam carta ini, ialah Malaysia, Thailand, Hong Kong, Korea Selatan dan Indonesia.

 

Lantas, nyata disini bahawa Singapura telah menepati syarat-syaratnya dan dapat digelar sebagai sebuah negara ‘utopia’. Akan tetapi, sejauh manakah ia benar?

  

Dystopia: Idiosinkrasi Di Kalangan Rakyat

 

Clute, John, and Peter Nicholls (1993) menerangkan bahawa penggunaan istilah ‘dystopia’ bermula daripada sebuah ucapan oleh Greg Webber dan John Stuart Mill pada tahun 1868 dihadapan parlimen British. Ia adalah gabungan perkataan ‘dys’ atau ‘dis’ – yang bermaksud buruk dalam bahasa Yunani, dan ‘Utopia’.
“The first known use of the term dystopia appeared in a speech before the British Parliament by Greg Webber and John Stuart Mill in 1868. In that speech, Mill said, “It is, perhaps, too complimentary to call them Utopians, they ought rather to be called dys-topians, or caco-topians. What is commonly called Utopian is something too good to be practicable; but what they appear to favor is too bad to be practicable.” His knowledge of Greek suggests that he was referring to a bad place, rather than simply the opposite of Utopia.”

(Nicholls, 1993) 

Istilah ini secara am, berlawanan daripada perkataan ‘utopia’ dan membawa maksud yang negatif mengenai pentadbiran sesebuah negara atau masyarakat.

 

 Kajian Rujukan Kesan Dystopia 

Kesan dystopia dapat dilihat melalui kaca mata masyarakat di Singapura. Umumnya kita boleh merujuk kepada kisah-kisah politik atau pengetahuan am mengenai pemberian ucapan di Speakers’ Corner. Rakyat Singapura takut untuk mengucap atau meluahkan kata-kata yang mungkin akan menyinggung perasaan pemerintah. Mereka bukan sebenarnya takut pada pemerintah, tetapi takut akan tindakan yang akan dijatuhkan kepada mereka. 

Mungkin hal ini dapat diterangkan dengan lebih baik melalui unsur dialog antara masyarakat dengan pemerintah:

 

KES 1:

Sesetengah masyarakat dunia termasuk mereka di Singapura sendiri, memperlihatkan negara ini sebagai sebuah negara yang ideal dan boleh digolongkan sebagai negara yang memiliki unsur utopia. 

Komen: Masyarakat di Singapura masih beperasaan takut untuk meluahkan isi hati mereka.

Pemerintah: Kenapa harus rasa takut? Rakyat Singapura berhak dan bebas untuk meluahkan perasaan dan pendapat mereka serta mengkritik. Kami pihak pemerintah tidak akan menghukum sesiapa atas dasar ini. 

Pendapat: Akan tetapi, rakyat tetap merasakan takut untuk meluahkan topik yang dianggap tabu. Mereka bimbang pemerintah akan menghukum mereka dengan berbagai cara seperti mendakwa di mahkamah, menyuruh majikan mereka untuk turunkan pangkat mereka, potong gaji ataupun menyuruh pegawai cukai pendapatan untuk mengejar mereka.

 

KES 2:

 

Komen: Di Singapura, tiada partai pembangkang yang mampu menumpaskan pemerintahan Partai Tindakan Rakyat (PAP). Dan selama tidak akan ada.

Pemerintah: Sesiapa sahaja bebas untuk menumpaskan pemerintah. Jika anda rasakan bahawa partai anda mampu mentadbir Singapura dengan lebih baik, buktikanlah.

Pendapat: Pemerintah tidak berpolitik dengan begitu adil kerana dengan adanya kedudukan yang stabil di parlimen, mereka lebih berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja agar mereka menang dan dicalonkan dalam undian selanjutnya. Selain itu, akan terdapat beberapa individu atau tali barut partai pemerintah yang akan cuba menjatuhkan imej serta menumpaskan partai-partai lain agar partai pemerintah kelihatan lebih moleh di mata masyarakat.

 

Kes 3:

Komen: Kami tidak merasakan kerakyatan di Singapura. Seringkali, inilah keluhan-keluhan yang dapat kita dengar daripada perbualan di kedai kopi, di dalam MRT, bas, teksi, di rumah dan di mana-mana sahaja. Yang nyata di sini ialah, komunikasi hanyalah tersekat dalam masyarakat yang kritis dan prihatin. Jika topik-topik sebegini serta pendapat-pendapat ini diluahkan kepada pemerintah, rakyat bimbang akan menerima padah daripada mereka yang memerintah.

Pemerintah: Kamu tidak rasa yang kamu ini rakyat Singapura? Tetapi, lebih daripada 90 peratus rakyat Singapura memiliki sebuah rumah disini. Apakah itu tidak memadai?

Pendapat: Perasaan kerakyatan bukan hanya terdapat pada harta benda sahaja. Apa yang kita inginkan ialah identiti dan individualiti, kebebasan dan ruang tersendiri. Kami takut untuk meluahkan perkara seperti ini kerana bimbang akan dikatakan sebagai seseorang yang tidak mengenang budi dan bukan rakyat yang setia.

 
Penutup Benar Singapura ini merupakan sebuah negara yang amat digemari dan dicontohi oleh negara-negara asing. Akan tetapi, utopia yang dilihat pada negara ini, tidaklah sebenar-benarnya menunjukkan kejernihan pentadbiran pemerintah keatas rakyatnya. Disebalik itu, terjadi dystopia secara kecil-kecilan serta penekanan agar rakyat takut dengan pemerintah. Ini dilakukan secara halus dan kurang terbuka. Media massa, merupakan badan yang banyak membantu dalam ‘mendidik’ dan ‘mendisipilinkan’ masyarakat Singapura.

 

Lantas, tiada gunanya untuk kita melafazkan segala ketidak puasan terhadap pentadbiran pemerintah. Ini hanya akan menyebabkan kita bergelut dan mendapat padah daripada mereka.

 

 

 

Rujukan

Dari lelaman http://www.dystopia-online.net/ dilayari pada 7 Januari 2011.

 

DBP (2005) Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dari lelaman http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=utopia dilayari pada 7 Januari 2011;

 

Dari lelaman http://www.guidemesingapore.com/relocation/introduction/singapores-political-system dilayari pada 7 Januari 2011.

 

New World Encyclopedia: organising knowledge for happiness, prosperity and world peace. Dari lelaman http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Dystopia dilayari pada 7 Januari 2011.

 

Dari lelaman http://www.nationmaster.com/graph/cri_tot_cri_percap-crime-total-crimes-per-capita dilayari pada 7 Januari 2011.

 

Dari lelaman http://www.merriam-webster.com/dictionary/utopia dilayari pada 7 Januari 2011.

 

Dari lelaman http://encyclopedia2.thefreedictionary.com/utopia dilayari pada 7 Januari 2011.

 

Ministry of Trade and Industry (3 January 2011) Singapore Stastistic Board, Pace of Growth Improved On Forth Quarter. Dari lelaman http://www.singstat.gov.sg/news/news/advgdp4q2010.pdf dilayari pada 7 Januari 2011.

 

Ministry of Trade and Industry (3 January 2011) Singapore Stastistic Board, MTI Forecasts Growth of 15.0 Per Cent in 2010 and 4.0 to 6.0 Per Cent in 2011 . Dari lelaman http://www.singstat.gov.sg/news/news/gdp3q2010.pdf dilayari pada 7 Januari 2011.

 

Clute, John, and Peter Nicholls, (1993) “Dystopia.” The Encyclopedia of Science Fiction. New York: St. Martin’s Press. 

 

 

About Sirna Kalam Maya
Seorang yang keliru dan kritis dalam menerjah alam nan tiada batasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: