Latar Fakir

Biodata

 

Mohammad Sophian Bin Mohammad Yazid atau nama pena Sirna Azali dan Sirna Kalam Maya dilahirkan pada 17 April 1981 di Telok Blangah. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Bukit Batok, Sekolah Menengah Bukit Batok dan Politeknik Nanyang. Menjalani perkhidmatan negara pada tahun 2002. Setelah melalui alam pekerjaan, kini berpeluang untuk melanjutkan pendidikan melalui Program Latihan Khas Bahasa Ibunda, Institute Pendidikan Singapura (2009). 

Pernah berkerja di 7-Eleven (1998) sebagai pembantu pengurus; di Health Promotion Board (2000) sebagai pegawai pendaftaran kelahiran; di Hospital Tan Tock Seng (2005) sebagai kerani wad; dan di Northwest Airlines (2007) sebagai pegawai tempahan tiket 
 
Giat dalam bidang tarian sejak 1995. Ahli kumpulan tarian Melayu di Persatuan Rakyat (People’s Association) dan Teater Tari Era. Pernah mengendali kumpulan tarian dan membentuk kumpulan-kumpulan seni di Kelab Masyarakat Bukit Batok dan Kelab Masyarakat Bukit Timah. Pernah menyandang jawatan sebagai ketua belia aktiviti seni Melayu dikedua-dua kelab ini. Bendahari bagi Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti Melayu, di Kelab Masyarakat Bukit Batok. Diberi surat pujian oleh mantan ahli parlimen bagi GRC Bukit Timah (2000), Dr. Ong Chit Chung. Pernah menjadi ahli dalam Jawatankuasa Eksekutif Belia (YEC) di Kelab Masyarakat Bukit Timah. Pada tahun 1999, ditugaskan untuk mengkoreografi tarian dan mengambil bahagian dalam suatu perarakkan Chingay mewakili Kelab Masyarakat Bukit Timah. Pernah menjadi guru tari di Sekolah Menengah Jurongville dan Broadrick. 
 
Mula berjinak-jinak dalam penulisan sajak sekitar tahun 2004. Karya pertama yang diterbitkan oleh Berita Minggu ialah sajak ‘Pantera Leo’ sempena Hari Kebangsaan Singapura (2009). Seterus itu, tersiarlah beberapa kumtum sajak seperti ‘Bianglala Hati’, ‘Dia’, ‘Dirantai Silam’, ‘Kupercaya’, ‘Menanti Ajal’, ‘Petat Dalam Gugup’, ‘Sentuhan Angin’ dan ‘Tempias’.  Cerpen ‘Tentera Awan Memerangi Anak Adam’ pernah disiar oleh Berita Minggu juga.  Sajak ‘Lindu’ dan ‘The Sanctuary of Blossoms’ pernah disertakan dalam buku Kalimat Dari Langit (Verses of Angel) terbitan ASAS 50 dan Teachers’ Training Club (NIE).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: