Kajian Inisiatif: Kelab E-Remaja

Jenis Inisiatif: Kelab E-Remaja Berita Harian – Kelab Coretan Remaja (KCR) Pengasas: Berita Harian, Singapura

 

Sepintas Singapore Press Holdings Ltd  

Singapore Press Holdings Ltd.

mula menubuhkan dirinya pada tahun 1984 dan kini ia diiktiraf sebagai antara badan cetakan utama di Singapura. Selain itu, SPH merupakan sebuah organisasi dan jenama yang menerajui pasaran media di rantau asia.

Di Singapura, SPH mengeluarkan tujuh belas jenis surat khabar yang dicetak dalam empat bahasa. Setiap hari seramai tiga juta individual atau 77 peratus rakyat yang berusia 15 tahun ke atas, membaca salah sebuah cetakan SPH. Selain daripada akbar, SPH juga mencetak dan mengeluarkan lebih daripada seratus tajuk majalah di Singapura dan di rantauan, yang menyentuh perkara seperti gaya kehidupan dan teknologi matlumat (IT).

Melampaui bahan cetakan seperti surat khabar dan majalah, SPH mempunyai akbar edisi internet yang sering ditinjau sebanyak 225 juta kali. Selain daripada portal AsiaOne SPH dan SPH online, terdapat inisiatif-inisiatif media baharu antaranya ST701, lelaman pembelian serta pencarian produk dan servis di internet, dan pencarian pekerjaan; STOMP (Straits Times Online Mobile Print); omy.sg; dan The Straits Times Razor TV, yang dikendalikan oleh pihat SPH.

SPH merupakan pemegang saham MediaCorp TV Holdings Pte. Ltd. sebanyak 20 peratus, yang mana mengendali saluran-saluran percuma seperti saluran 5, 8 dan U. Ia juga memegang hampir 40 peratus dalam saham MediaCorp Press Ltd., yang mencetak dan menyebar suratkhabat percuma, Today. Dalam bisnes radio pula, SPH merupakan pemegang saham terbesar, iaitu 80 peratus dalam SPH UnionWorks Pte Ltd yang mengendalikan stesen radio seperti stesen berbahasa Mandarin 100.3 dan stesen Inggeris 91.3FM.

Selain itu, SPH juga mempunyai bisnes ‘advertising’ sampingan di bawah naungan Sphere Exhibits. SPH MediaBoxOffice Pte Ltd pula merupakan anak syarikat SPH yang mengendalikan ‘advertising’ digital diluar rumah.

 

 

Sepintas Berita Harian (Singapura)

 

Berita Harian (Singapura) mula ditubuhkan pada 1 Julai 1957, yang merupakan satu-satunya surat berita yang berbahasa Melayu untuk masyarakat Melayu di Singapura. Edisi hari Ahad, dikenali sebagai Berita Minggu (Singapura). Berita Harian (Singapura) merupakan nama akbar yang tiada kaitan dengan Berita Harian (Malaysia), walaupun penglahiran surat berita ini adalah ketika Singapura di bawah naungan Malaysia ketika itu. Kini, Berita Harian (Singapura) dikelola oleh Singapore Press Holdings Ltd.

Ia memaparkan isu-isu masyarakat Melayu Singapura, persaingan dan pencapaian mereka. Selain itu, Berita Harian (Singapura) juga mengetengahkah isu-isu politik, sukan dan agama di dalam dan di luar negara. Malah, terdapat juga ruangan yang memaparkan dan melaporkan hal-hal pengetahuan seperti adat, budaya, seni, sejarah, kesusasteraan, kekeluargaan, minat dan juga santai.

 

Latar Belakang Kelab Coretan Remaja (KCR)

 

Tanggal 9 April 1994 merupakan detik bersejarah kepada kira-kira 30 orang remaja yang ingin memperkembangkan bakat di dalam lapangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Penubuhan Kelab Coretan Remaja (KCR) juga dikatakan sebagai ‘suatu langkah praktikal untuk merumahkan bakat-bakat remaja supaya ia dapat diperkembangkan’. Kelab ini ditubuhkan di bawah naungan Akbar Berita Harian Singapura.

Bermula pada tahun 1993, ruangan yang dikenali sebagai “Suara Remaja” menyiarkan karya-karya remaja yang mencari wadah untuk menyalurkan hasil karya-karya mereka. Remaja-remaja yang setia mengikuti ruangan ini di Berita Harian menyarankan agar sebuah kelab ditubuhkan, lantas lahirlah Kelab Coretan Remaja (KCR).

Tujuan utamanya ialah untuk menhaden dan menyemarakkan lagi dunia penulisan dan pengkaryaan dalam Bahasa Melayu di kalangan remaja Singapura. Lima unit telah ditubuhkan di bawah Kelab Coretan Remaja (KCR) terdiri daripada Unit Sajak, Unit Cerpen, Unit Hal Ehwal Semasa, Unit Grafik/Kartun, Unit Kegiatan dan Unit Teknologi Matlumat (IT). Keanggotaan Kelab Coretan Remaja (KCR) terbuka kepada para remaja dari usia peringkat sekolah menengah ke atas.

 

Tujuan KCR

 

Matlamat utama Kelab Coretan Remaja (KCR) ditubuhkan ialah untuk mendekatkan remaja yang berkongsi bakat dan minat di dalam bidang penulisan, tidak kira dari genre apa sekali pun. Ruangan Coretan Remaja Berita Harian Singapura pula menjadi wadah untuk remaja mencurahkan dan mengetengahkan hasil kreativiti mereka.

Semuanya ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa seorang wartawan Berita Harian yang menjadi nadi penggerak, pengelola dan penasihat di sebalik aktiviti-aktiviti Kelab Coretan Remaja (KCR), Cik Dewani Abbas atau nama ‘glamernya’, Kak Dee.

 

Gerakan Dan Inisiatif KCR

 

Di antara projek-projek awal Kelab Coretan Remaja (KCR) termasuk pembukuan antologi sajak-sajak sumbangan remaja, ‘Manik-Manik Hijau: Antologi Puisi‘; bengkel melukis kartun; forum diskusi puisi; forum Bicara Jaya yang diadakan secara ekslusif di Hotel Hilton (Singapura); pertandingan bahas antara sekolah menengah yang pertama kali diadakan pada tahun 1996 dan yang kedua pada 1998. Tahun 1999 pula Kelab Coretan Remaja (KCR) telah membukukan karangan cerpen-cerpen remaja dalam peraduan menulis cerpen yang diadakan pada tahun 1994 dan 1996 dalam antologinya ‘Bingkisan: Sebuah Antologi Cerpen-Cerpen Remaja‘.

Kelab Coretan Remaja (KCR) juga mengadakan aktiviti riadah seperti wisata ke perkampungan Bosnia di Kuala Lumpur (1995), kunjungan ke syarikat Creative Enterprise, syarikat yang menerbitkan majalah “Gila-Gila” di Kuala Lumpur pada tahun 1995, lawatan ke Taman Negara di Pahang (1997) dan kunjungan ke rumah ahli Kelab Coretan Remaja (KCR) semasa Hari Raya.

 

Latar Belakang Kelab Obor (Kelab Info-R)

 

Kelab Obor, yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Info-R ialah Kelab Media Berita Harian, yang ditubuhkan pada Januari 2006. Ia dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan, Encik Tharman Shanmugaratnam, pada 13 Mac 2006. Bertemakan ‘Seronok Menggunakan Akhbar’, Kelab Obor bertujuan merancakkan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah melalui kegiatan kewartawanan.

Penganjur mengutamakan elemen realisme dalam kegiatan-kegiatan Kelab Obor. Justeru, setiap kegiatan pasti dilengkapi dengan kehadiran personaliti. Para pelajar berpeluang berinteraksi dengan personaliti-personaliti tersebut dalam kegiatan khas yang dianjurkan.

Antara personaliti yang telah mewarnai kegiatan Kelab Obor ialah Taufik Batisah, Colby, M-Pact dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Kegiatan-kegiatan Kelab Obor termasuk Kem Kewartawanan, Bengkel Panduan Menerbitkan Akhbar Sekolah dan Forum Guru. Kegiatan-kegiatan tersebut dibuka kepada guru dan pelajar.

Pada tahun pertamanya, Kelab Obor telah menarik penyertaan lebih daripada 60 buah sekolah menengah setempat termasuk dua buah madrasah. Yang menariknya, kegiatan-kegiatan Kelab Obor ini disediakan kepada sekolah secara hampir percuma.

Untuk layak menyertai kegiatan Kelab Obor, sekolah-sekolah perlu menjadi anggota Kelab Obor dengan melanggan akhbar Berita Harian sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pelbagai pakej langganan menarik disediakan. Kelab Obor, Kelab Media Berita Harian, khusus untuk sekolah menengah sahaja.

Kelab Obor ini bukan saja untuk pelajar menggarap kemahiran kewartawanan, malah untuk membentuk pelajar yang mencintai ilmu pengetahuan

 

Pembentukkan Kelab E-Remaja Berita Harian

 

Dunia kesusasteraan Melayu remaja Singapura mendapat galakkan dengan bermulanya ‘Kelab Coretan Remaja’ (KCR) pada tahun 1994. Kelab ini dikelolakan oleh seorang wartawan Berita Harian Singapura, Cik Dewani Abbas. Setiap hari rabu akan disediakan sebuah ruang di akhbar tersebut untuk mengisi karya-karya remaja.

Kelab ini berjaya menambah jumlah karya remaja sekaligus menggalakkan penglibatan para pelajar dan muda-mudi yang berminat dalam berkarya. Kelab ini juga berjaya menghasilkan ramai penulis yang prolifik seperti Chairul Fahmy Hussaini, Noridah Kamari, Shaffiq Selamat (Shasel) dan ramai lagi.

Berita Harian juga menyediakan sebuah lagi ruang iaitu ‘Info-R’ yang membuat liputan mengenai aktiviti belia dan remaja. Ruangan berita ini juga, seperti Kelab Coretan Remaja (KCR), telah membentuk sebuah kelabnya trendier, iaitu Kelab Info-R atau lebih dikenali kini sebagai Kelab Obor.

Pada 25 April 2004, ruangan Kelab Coretan Remaja (KCR) dan ruangan Info-R, telah digabungkan untuk menjadi ruangan baru, ‘E-Remaja’. Gabungan ini amat bersesuaian dengan perubahan zaman kerana konsep sastera kini perlu disatukan dengan perkembangan semasa dalam dunia pembangunan remaja agar mereka dapat memahami korelasi sastera dan budaya. Keberkesanan Kelab Coretan Remaja (KCR) ini terbukti dengan adanya kategori khas bagi karya remaja dalam Anugerah Persuratan yang diterajui oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura.

Kelab Coretan Remaja (KCR) juga telah menerbitkan dua buah buku antologi remaja bertajuk Manik-Manik Hijau (Sajak) dan Bingkisan (Cerpen).

Antara anggota yang lebih prolifik dalam kumpulan ‘Kelab Coretan Remaja’ (KCR) ialah Shaffiq Selamat, Normala Mohd Yusope dan Chairul Fahmy Husaini.

Penutup

Singapore Press Holdings Ltd.

merupakan sebuah badan yang mengelolakan pengeluaran berbagai genre surat akbar di Singapura, ini termasuk majalah, makalah, dan sebagainya. Namun demikian, sejarah penubuhannya jauh lebih muda jika dibandingkan dengan penubuhan akbar Berita Harian / Berita Minggu (Singapura).

Pembentukkan Berita Harian / Minggu (Singapura), adalah pada ketika Singapura di bawah naungan Malaysia. Setelah perpisahan, Berita Harian / Minggu (Singapura) merubah wajah dan bentuk agar dapat maju selari dengan kehendak dan keperluan negara dan rakyat. Sekaligus menyebarkan berita terkini, baik di dalam mahupun di luar negara.

Berita Harian telah membentuk Kelab Coretan Remaja (KCR) di atas bimbingan Cik Dewani Abbas, yang juga merupakan pemberita yang bertugas bersama Berita Harian (Singapura). Tujuan kelab ini ialah untuk memastikan agar ada ruangan yang sesuai bagi para remaja untuk berkarya dan memberi ruang bagi mereka mempamerkan hasil karya mereka kepada khalayak ramai. Karya-karya mereka disiarkan di surat Berita Harian dalam ruangan dengan nama yang sama.

Selain itu, terdapat juga ruangan Info-R yang melaporkan usaha-usaha, kisah-kisah, dan sebagainya mengenai kehidupan remaja Melayu di Singapura. Melalui ruangan ini, pihak Berita Harian mula menubuhkan sebuah kelab yang dikenali sebagai Kelab Obor. Kelab Obor bertujuan untuk membawa ahli-ahli kepada pengenalan berbagai pendekatan seperti pemberitaan.

Lantas, melalui rangkaian kedua-dua kelab ini, maka suatu gabungan telah diadakan pada 25 April 2004 dan dinamakan kepada Kelab E-Remaja. Kelab ini merangkumi kesemua tugas-tugas dan focus-focus yang ada pada kedua-dua kelab sebelum ini. Ia dibentuk sejajar dengan peredaran masa dan untuk menepati keperluan dan perubahan semasa.

 

 

 

Rujukan:

 

Kelab Coretan Remaja Berita Harian (1999) Bingkisan: Sebuah Antologi Cerpen-Cerpen Remaja. Kerjaya Printing Industries Pte. Ltd., Singapura.

Kelab Coretan Remaja Berita Harian (1995) Manik-Manik Hijau: Antologi Puisi. Dakwah Printers, Singapura.

Lelaman Kelab Coretan Remaja: http://www.remaja.tripod.com/kcr.htm yang dilayari pada 16 Januari 2011.

Lelaman Kelab Obor: http://www.oboronline.com yang dilayari pada 16 Januari 2011.

Lelaman Berita Harian, Singapore Press Holdings Ltd:

http://www.sph.com.sg/ourproducts_newspaper_beritaharian.shtml

yang dilayari pada 16 Januari 2011. 

Lelaman Cyberita Online: http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,136268,00.html yang dilayari pada 16 Januari 2011

Lelaman Cyberita Online: http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3627,136699,00.html yang dilayari pada 16 Januari 2011

Lelaman Umbara, Cikgu Karmin Abbas: http://www.bmsiber.com/umbara/index.html yang dilayari pada 16 Januari 2011

Lelaman Blog Shasel: http://shasel.multiply.com/ yang dilayari pada 16 Januari 2011

Lelaman Singapore Press Holdings Ltd.: http://www.sph.com.sg/aboutsph_profile.shtml yang dilayari pada 16 Januari 2011

Mohamed Pitchay Ghani Mohamed Abdul Aziz (Ed.) (2005) Dari Gerhana Ke Puncak Purnama: Biografi ASAS 50, 55 Tahun Dalam Persuratan. Angkatan Sasterawan 50, Singapura.

About Sirna Kalam Maya
Seorang yang keliru dan kritis dalam menerjah alam nan tiada batasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: