Hermaphroditisme: Pandangan Masyarakat, Bangsa Dan Agama

“The truth is from your Lord so do not doubt.”

[Al-Baqara 2.147]

PENGENALAN

Kunsa atau nama saintifiknya ‘Hermaphroditism’ merupakan suatu defek genetik yang amat pelik dan luarbiasa dari pandangan umum. Malah dari penilaian para saintis, ia juga dilihat sebagai sesuatu kejadian yang ganjil dan sukar untuk diterangkan. Secara umumya seorang ‘Hermafroditisme’ atau kunsa dikenali sebagai seseorang yang mempunyai dua alat kelamin, iaitu kelamin lelaki (zakar) dan juga kelamin wanita (faraj).

Kejadian seperti ini, dari penilaian para doktor dan juga saintis, terhasil apabila ‘genes’ atau ‘chromosomes’ – XX atau XY – pasangan suami isteri, tidak dapat menjadi pasangan ‘genes’ atau ‘chromosomes’ yang kukuh untuk membentuk perempuan (XX) atau lelaki (XY) sepenuhnya. Lantas terlahirlah seorang bayi yang mempunyai dua alat kelamin.

Kunsa tidak dapat dikategorikan sebagai homoseksual. Seringkali masyarakat umum berpendapat bahawa kedua-dua kumpulan ini terdiri daripada kejadian yang sama. Akan tetapi, perbezaannya akan diterangkan pada bahagian seterusnya.

Masyarakat umum, pada zahirnya sering mengandaikan kejadian kunsa itu sebagai satu sumpahan atau musibah yang dijatuhkan tuhan kepada zuriat umatnya yang telah banyak berdosa. Antara yang lain pula, ia juga dilihat sebagai ujian takdir kepada umatnya. Sayang sekali bahawa masyarakat umum enggan melihat serta mereka menulikan telinga mereka daripada kenyataan yang sah dan juga kajian saintfik mengenai kejadian seseorang kunsa atau ‘Hermaphroditism’ itu.

Sayang sekali, masyarakat juga telah lupa untuk merujuk kepada nasihat dan tunjuk ajar agama dalam menangani dan menghadapi kejadian seperti ini. Terdapat hadith-hadith yang menyatakan mengenai terjadinya kunsa, dan cara-cara terbaik untuk menanganinya; penerimaan ibu bapa apabila dikurniakan cahaya mata seperti ini, sebagai individu yang mengalaminya dan juga sebagai seorang insan yang mengenali atau mengetahui individu-individu seperti ini.

Pada bahagian-bahagian seterusnya, kita akan mengenali kunsa atau ‘Hermaphroditism’ dengan lebih mendalam; biologi, sains dan juga implikasi psikologinya terhadap individu yang megalaminya, ibu bapa serta masyarakat. Selain itu, kita juga akan meninjau daripada perspektif agama dan saranan-saranan yang ada. Kita juga akan menerangkan perbezaan antara kunsa (‘Hermaphroditism’) dengan homoseksual. Akhir sekali memberi sedikit pendapat mengenai perkara yang dibincangkan ini.

 

‘Hermaphroditism’ atau Kunsa

‘Hermaphroditism’ secara biologi memang terdapat pada sesetengah kumpulan haiwan dan juga pepohon. Ini adalah kerana fauna dan flora seperti ini boleh membiak tanpa penyemaian atau melakukan sembarang aktiviti pembiakan seperti seks. Pembiakan dan penyuburan berlaku dalam dirinya sendiri. Sebagai contoh, ‘Hermafroditism’ terdapat pada sekumpulan besar jenis siput, ulat dan juga sesetengah jenis ikan.

Dari pantauan sejarah pula, istilah ‘Hermaphroditism’ digunakan untuk memerikan taksa organ pembiakan atau taksa kelamin, dan gonad mozekisme dalam spesis gonokoristik, terutama sekali manusia. Istilah ‘Hermaphroditism’ lahir daripada nama salah satu tuhan dalam alam Yunani (Greek) yang dikenali sebagai Hermaphroditus, anak kepada Hermes dan Aphrodite.

“The term “hermaphrodite” derives from Hermaphroditus, the son of Hermes and Aphrodite in Greek mythology, who was fused with a nymph, Salmacis, resulting in one individual possessing physical traits of both sexes.”

(Sumber: Wikipedia)

Hanya kebelakangan ini, istilah ‘intersex’ atau interseks telah digunakan untuk merujuk kepada individu-individu seperti ini, dan ia penggunaan istilah ini amat dialu-alukan digunakan serta digemari oleh para doktor dan saintis.

Istilah ‘Hermaphroditism’ telah digunakan untuk memerikan seseorang yang mempunyai ketidak-serasian dari segi kod binary jantinanya, tetapi istilah ini telah diubah penggunaannya kepada ‘intersexual’ atau interseksual dalam perubatan. Golongan ini ialah golongan manusia yang mempunyai alat kelamin yang tipikal tetapi mempunyai “atypical clitoris/penis are called pseudohermaphrodites in medical literature” (Kim et al, 10 : 1013–1019). Di bawah ini ialah keterangan lanjut atas kejadian interseks melalui perspektif sains dan biologi:

“Intersex can be divided into four categories:

1. 46, XX Intersex

2. 46, XY Intersex

3. True Gonadal Intersex

4. Complex or Undetermined Intersex

Each one is discussed in more detail below. Note: In many kids the cause of intersex may remain undetermined, even with modern diagnostic techniques.

46, XX Intersex. The person has the chromosomes of a woman, the ovaries of a woman, but external (outside) genitals that appear male. This usually is the result of a female fetus having been exposed to excess male hormones before birth. The labia (“lips” or folds of skin of the external female genitals) fuse, and the clitoris enlarges to appear like a penis. Usually this person has a normal uterus and Fallopian tubes. This condition is also called 46, XX with virilization. It used to be called female pseudohermaphroditism

46, XY Intersex. The person has the chromosomes of a man, but the external genitals are incompletely formed, ambiguous, or clearly female. Internally, testes may be normal, malformed, or absent. This condition is also called 46, XY with undervirilization. It used to be called male pseudohermaphroditism. Forming normal male external genitals depends on the appropriate balance between male and female hormones; therefore, it requires the adequate production and function of male hormones.

True Gonadal Intersex. Here the person must have both ovarian and testicular tissue. This might be in the same gonad (an ovotestis), or the person might have one ovary and one testis. The person may have XX chromosomes, XY chromosomes, or both. The external genitals may be ambiguous or may appear to be female or male. This condition used to be called true hermaphroditism. In most people with true gonadal intersex, the underlying cause is unknown, although in some animal studies it has been linked to exposure to common agricultural pesticides.

Complex or Undetermined Intersex Disorders of Sexual Development. Many chromosome configurations other than simple 46, XX or 46, XY can result in disorders of sex development. These include 45, XO (only one X chromosome), and 47, XXY, 47, XXX — both cases have an extra sex chromosome, either an X or a Y. These disorders do not result in an intersex condition where there is discrepancy between internal and external genitalia. However, there may be problems with sex hormone levels, overall sexual development, and altered numbers of sex chromosomes.”

(Kliegman, et al; 2007)

Seseorang yang mengidapi keadaan seperti ‘intersex’ atau interseks, kekadang memilih untuk menjalani dan hidup sebagai salah satu jantina yang dominan, berpakaian sedemikian, bergaul di alam sosial seperti yang di ingini, mungkin melalui pembedahan kelamin, dan juga mengambil atau melalui terapi penggantian hormon, demi untuk lebih mendekati seks yang mereka lebih terpengaruh kepada. Sesetengah kaum interseks, seperti mereka yang mengidapi sindrom Klinefelter dan ‘androgen insensitivity syndrome’ (Klinefelter, 1986: 1082 – 1093), akan besar kemungkinan telah bersifat sebagai seorang lelaki ataupun wanita, tanpa mengetahui bahawa mereka adalah seorang kunsa. Kondisi interseks yang lain seringkali dapat dikesah sejak lahirnya seorang bayi itu. Ini disebabkan terdapat bahagian-bahagian kelamin bayi yang tampak lebih besar daripada kelentit (clitoris) dan lebih kecil daripada zakar (penis). Interseksualiti didapati telah disebabkan oleh ketidak-stabilan dalam hormon seks yang disebabkan oleh kerencatan sekumpulan atipikal kromosom seks (Klinefelter; Reifenstein; Albright, 1942).

Sigmund Freud (berdasarkan kertas kerja oleh Wilhelm Fliess) berpendapat bahawa ‘Hermaphroditism to be a fact of psychological development of humans’ (Fliess, 1986). Freud tampak begitu yakin dengan pendapatnya, walhal ‘he based much of his theory of innate sexuality on that assumption’ (Fliess, 1986).

Pada manusia, ‘Hermaphroditism’ atau kunsa seringkali disamakan oleh masyarakat awan / umum dengan gejala transgenderisme atau banci (dalam bahasa Indonesia) atau homoseksual atau juga ‘gay’. Seorang transgender adalah individu yang berfizik bertentangan dengan peran ‘gender’ atau jantina yang sebenar.

 

Perspektif Sosiologi

Sosiologis pertama yang telah membuat kajian terperinci mengenai ‘intersexuality’ atau interseksualiti ialah Harold Garfinkel pada tahun 1967 menggunakan penerapan teknik ‘sociological phenomenology’ yang beliau namakan ‘ethnomethodology’ (Garfinkel, 1967).

“Ethnomethodology was also used in 1978 by Kessler and McKenna, who argue that while gender can be seen as a social accomplishment, cross-cultural studies render gender as problematic as they highlight how it is usually regarded as a fact, when it can be shown to be constructed in different ways. They point to different cultural approaches to gender roles, and how ‘hermaphrodites’ and ‘berdaches’ are incorporated socially, as disruptive to fixed ideas about sex, gender and gender-roles. They argue that what we ‘know’ about gender is grounded in the ‘everyday social construction of a world of two genders’, where gender attribution seems more important than gender differentiation.”

(Kessler, et al; 1978)

 

Lantas, dari penyataan di atas, dapat dikatakan bahawa gejala kunsa amat tidak dapat diterima oleh akal-akal masyarakat yang tidak mempunyai sembarang pengalaman ataupun kenalan yang mengidapi kerencatan seperti ini. Masyarakat seringkalinya menyangkutpaut masalah seperti ini bersamaan dengan isu transeksual seperti gay dan sebagainya; dan antara yang lain juga, sebagai balasan tuhan terhadap umatnya yang jahil.

Masalah yang sering menghantui para ibu bapa apabila mewarisi cahaya mata seperti ini ialah untuk berdepan dengan masalah dan dilemma untuk menentukan jantina anaknya. Ini adalah kerana, pemilihan atau mana jantina yang seseorang kanak itu lebih cenderung kepada, tidak dapat ditetapkan. Seringnya, penetapan jantina atau kecenderungan seseorang itu kepada satu jantina dominan, daripada jantina yang lain dapat dilihat apabila seseorang itu baligh atau matang. Pada peringkat itulah hormon dalam tubuh muda itu akan berubah dan pemilihan seksualiti akan tampak nyata.

Ibu bapa akan seringkali, pada usia kecil kanak itu, mengenakan pakaian, melakukan aktiviti serta melafazkan kata-kata yang dapat memberansangkan psikologi seorang kanak itu kepada jantina yang diingini mereka. Sayangnya pula apabila seorang kanak itu membesar dan baligh, beliau akan besar kemungkinan akan memilih jantina sebaliknya sekirannya hormon dalam badannya berpihak pada jantina itu.

Perkara ini bukan sahaja merunsingkan kanak itu malah memberi tekanan yang tidak wajar beliau lalui pada peringkat atau usia muda. Pada usia muda itu jugalah, seorang kanak itu harus berdepan dengan berbagai persoalan mengenai tubuhnya, terutama sekali organ kelamin mereka. Di tandas, akan terdapat kesukaran untuk membuang air kecil seperti kanak biasa (bagi kanak-kanak lelaki) kerana takut dek ejekan dan hinaan (Sumber: Youtube.com).

Agama Dan ‘Hermaphroditism’

Menurut sebuah rakaman ceramah di Youtube, yang diadakan oleh Mohammad Shaikh (murid kepada Almarhum Sheikh Ahmed Deedat) pada 14 April 2008, beliau menyatakan bahawa tuhan telah menjadikan manusia dalam 4 golongan, iaitu; pertama – Lelaki, kedua – Wanita, Ketiga – Kembar (Kembar badan, Kembar kelamin, Kembar rupa dan ‘Hermaphrodite’) dan akhir sekali ‘Aheema’ atau ‘Barren’ atau dalam istilah yang mudah difahami, mandul. Dari perspektif agama, kunsar sememangnya telah wujud semenjak zaman sebelum Rasulullah SAW, iaitu ikon yang terkenal, Maryam (ibu kepada Nabi Isa AS).

 

Dalam pernyataan yang diberi, menurut Textbook Medical Jurispudence And Toxicology, halaman 35, ‘Hermaphrodism’ diterangkan sebagai ‘…is the contition, the external genitals maybe of both sexes and the internal genitals may consist of both ovaries and testes… known as double sexes’.

 

Al-Quran sering menyebut tentang kehidupan Maryam AS, sehingga dalam surah Al-Imran (3: 42-43) mengatakan “Allah has chosen you and purified you and chosen you above the women of all worlds”. Apa yang diterangkan di sini bahawa Maryam telah dipilih sebagai wanita contoh yang membawa tanda-tanda keagungan Tuhan. Terdapat dalam surah Al-Imran (3: 35-36):

 

“When the wife of Imran said – My Lord surely I have dedicated what is in my belly freed/ liberated for You. So accept from me, surely You are the Listener, the Knower. When she gave birth to her. She said – My Lord, surely I gave birth to her a female. Allah knows more with what she gave birth. And male is not like a female. And surely I have named her Maryam, and surely I seek refuge for her with you and her offsprings/progeny from the satan the stoned.”

 

(Al-Imran, 3: 35-36)

Ayat-ayat ini di atas ini telah membuktikan bahawa kehidupan kunsar atau ‘Hermaphrodite’ telah atau pernah dikatakan di dalam Al-Quran, terutama sekali surah Al-Imran. Surah ini telah memberi keterangan mengenai kehidupan Maryam AS, ibu Nabi Isa AS, yang dikatakan sebagai seorang kunsa atau ‘Hermaphrodite’. Jika di telitikan dalam pernyataan dalam surah ini, dari apa yang dilafazkan oleh ibu Maryam AS; “My Lord, surely I gave birth to her a female. Allah knows more with what she gave birth”, yang menerangkan bahawa beliau begitu pasti bahawa anak yang beliau lahirkan adalah seorang anak perempuan dan Tuhan lebih mengetahui jantinanya (Mohammad Shaikh, 14 April 2008). Baris selanjutnya pula, “And male is not like a female“ mengatakan bahawa pemahaman beliau mengenai jantina amat kukuh dan beliau dapat membezakan antara lelaki dan wanita. Lantas, selanjutnya beliau memohon keselamatan dan peneduhan diri Maryam serta salasilahnya dari Tuhan (Mohammad Shaikh, 14 April 2008).

Sehubungan dengan kisah Maryam sebagai seorang ‘Hermaphrodite’ yang dikisahkan dalam Al-Quran, ada sebuah lagi petanda yang terdapat di dalam Al-Quran yang dapat membuktikan Maryam AS sebagai seorang ‘Hermaphrodite’. Frasa yang sering bersangkutan dengan panggilan. Dalam keseluruhan Al-Quran, anak kepada Nabi-nabi di rujuk sebagai ‘zuriata Adam’, ‘zuriata Ibrahim’, ‘zuriata Musa’, dan sebagainya yang memberi maksud, zuriat Adam, zuriat Ibrahim dan zuriat Musa. Perkara begitu tidak sama jika dirujuk kepada Nabi Isa AS. Baginda di rujuk sebagai ‘zuriata Maryam’ atau zuriat Maryam. Kenapa pula Nabi Isa AS dikenali sebagai zuriat Maryam (wanita) sedangkan anak-anak kepada para Nabi yang lain dikenali sebagai antaranya ‘Zuriata Musa’ atau zuriat Musa (lelaki)? Lantas, dapat dirumuskan bahawa Maryam AS mungkin seorang interseks (Mohammad Shaikh, 14 April 2008).

Salah satu lagi aspek yang harus dilihat ialah Maryam AS ialah hanya satu-satu wanita yang telah terpilih dan dibesar-besarkan dalam Al-Quran kalau dibandingkan dengan wanita lain. Kedudukannya dalam pengenalan dalam isi Al-Quran sama sahaja dengan kisah Nabi-nabi dan juga Rasul serta sahabatnya.

“And We the angel said – O Maryam, surely Allah has chosen you and purified you and chosen you above the women of all worlds. O Maryam be devout for your lord and prostrate and bow down with those who bow down.”

(Al-Imran, 3: 43)

 

Lantas, dapat dilihat dari segi sejarah agama, ada diperkatakan mengenai kejadian ‘Hermaphrodite’ atau kunsa. Maryam AS telah dapat dibuktikan oleh para sarjana atau pengkaji sebagai seorang kunsa.

 

 

 

Penutup

Kunsa atau ‘Hermaphrodite’ merupakan fenomena yang ganjil dan mengelirukan, baik kepada masyarakat umum mahupun pada diri individu-individu yang terbabit. Walaupun kejadian kunsa ini merupakan sesuatu yang dilihat sebagai diskriminasi seksual, ia bukan terdiri daripada kumpulan gay atau homoseksual, seperti mana yang dikatakan oleh segolongan manusia. Kisah kunsa ini amat menyayat hati kerana tekanan perasaan (disebabkan pandangan masyarakat, tidak dapat memilih atau mengenali jantina sebenarnya, paksaan ibu bapa dan sebagainya), dilema, dan perubahan nasib yang harus mereka lalui setiap hari. Setiap langkah mereka harus dijaga agar mereka dapat menghindar daripada diskriminasi yang teramat. Mereka juga tidak dapat menjalani hidup seperti biasa, dari sudut aspek yang tertentu, agar mereka dengan tidak sengaja mendedah kesulitan mereka. Agama telah banyak memainkan peranan penting dalam menunjuk ajar cara menangani isu kunsa kerana ada tersebarnya cerita mengenai hidup individu-individu tertentu pada zaman itu. Agama juga telah memberitahu secara tidak langsung bahawa kejadia manusia itu sebenarnya empat dan bukan dua ataupun tiga, sepertimana yang kita tahu.

 

(2371 PERKATAAN)

Rujukan:

Hornby, A.S. (2000) Oxford Fajar Advance Learner’s English-Malay Dictionary: A.S Hornby; Penterjemah Dan Editor Asmah Hj. Omar, Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

___________ (1994) Collins Birmingham University International Language Database: Cobuild Student’s Dictionary And Grammar, London, Harper Collins Publisher.

___________ (2005) Kamus Dewan: Edisi Keempat; Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kim M.D., Kyu-Rae; Youngmee Kwon M.D., Jae Young Joung M.D., Kun Suk Kim M.D., Alberto G Ayala M.D. and Jae Y Ro M.D. (2002). “True Hermaphroditism and Mixed Gonadal Dysgenesis in Young Children: A Clinicopathologic Study of 10 Cases“. Modern Pathology (Nature Publishing Group) 15 (10): 1013–1019.

Klinefelter, HF Jr; Reifenstein, EC Jr; Albright (1942), “Syndrome characterized by gynecomastia, aspermatogenesis without a-Leydigism and increased excretion of follicle-stimulating hormone“, J Clin Endocrinol Metab 2: 615–624 .

Klinefelter, HF (1986), “Klinefelter’s syndrome: historical background and development“, South Med J 79 (45): 1089–1093

Kessler, Suzanne; McKenna, Wendy (1978). Gender: An Ethomethodological Approach. Wiley. , : 167.

Caroline Mansfield, Suellen Hopfer, Theresa M. Marteau (1999). “Termination rates after prenatal diagnosis of Down syndrome, spina bifida, anencephaly, and Turner and Klinefelter syndromes: a systematic literature review”. Prenatal Diagnosis 19 (9): 808–812.

Christopher F. Monte, Beneath the Mask: An Introduction to Theories of Personality (6th Edition), “Chapter 2: Sigmund Freud – Psychoanalysis: The Clinical Evidence” (Fort Worth: Harcourt Brace College Publishers, 1999).

Fliess, Wilhem (1986) Sigmund Freud: The Complete Letters of Sigmund Freud to Wilhelm Fliess, 1887-1904, Publisher: Belknap Press, 1986

Kliegman RM, Behrman RE, Jenson HB, Stanton BF, eds. (2007) Nelson Textbook of Pediatrics. 18th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007: 589.

Garfinkel, Harold (1967), Studies in Ethnomethodology, Malden MA: Polity Press/Blackwell Publishing. 1984

http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/001669.htm [Di layari pada 21 Januari 2010]

http://www.meddean.luc.edu/lumen/MedEd/urology/hrmphdt.htm [Di layari pada 21 Januari 2010]

http://www.healthscout.com/ency/1/001669.html [Di layari pada 21 Januari 2010]

http://www.youtube.com/watch?v=hUu5fBY1BGE [Di layari pada 21 Januari 2010]

http://www.youtube.com/watch?v=nKuhdyHtLyc&feature=PlayList&p=ED40E3E3B5E006F0&playnext=1&playnext_from=PL&index=1 [Di layari pada 21 Januari 2010]

http://www.youtube.com/watch?v=HbR54vwEbTQ&feature=PlayList&p=ED40E3E3B5E006F0&index=2&playnext=2&playnext_from=PL [Di layari pada 21 Januari 2010]

http://www.youtube.com/watch?v=nMucB2gisLo&feature=PlayList&p=ED40E3E3B5E006F0&index=3&playnext=3&playnext_from=PL [Di layari pada 21 Januari 2010]

http://www.isna.org/faq/conditions [Di layari pada 21 Januari 2010]

About Sirna Kalam Maya
Seorang yang keliru dan kritis dalam menerjah alam nan tiada batasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: